Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kereta Kebal Ringan “Sabrah” Buatan Israel Pilihan Tentera Filipina

0 1,501

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hubungan pertahanan antara Filipina dan Israel yang terjalin rapat dan menjadi lebih rapat selepas ini selepas Manila memutuskan untuk membeli kereta kebal ringan “Sabrah”.

Kereta kebal ringan itu dibina oleh syarikat pertahanan Israel, Elbit Systems Land and C4I yang bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertahanan negara Yahudi itu.

Menurut portal pertahanan popular Filipina, Max Defense, kereta kebal “Sabrah” yang bakal dibeli oleh Filipina itu akan datang dalam dua versi iaitu, berantai dan beroda yang berdasarkan kepada kenderaan IFV Pandur 8×8.

Nilai keseluruhan kontrak itu adalah dianggarkan US$196 juta.

sabrah
Kereta kebal ringan “Sabrah” adalah berdasarkan kepada platform ASCOD. (sumber internet)

Di dalam fasa pertama itu, Filipina akan memperolehi 18 buah kereta kebal ringan “Sabrah” di dalam bentuk berantai manakala 10 buah IFV.

Pembelian itu turut meliputi sebuah kenderaan Armoured Recovery Vehicle dan sebuah Armoured Command Vehicle.

Kesemua 18 buah kenderaan terbabit akan dilengkapi dengan meriam 105mm buatan Elbit dan battle management system oleh syarikat Israel itu.

sabrah
Kenderaan IFV “Sabrah” adalah berdasarkan kepada kenderaan Pandur. (sumber internet)

Ia adalah satu lagi lagi kemenangan oleh syarikat pertahanan Israel di Asia Tenggara, menewaskan syarikat-syarikat pertahanan lain yang menawarkan kereta kebal ringan Hanhwa-Otokar K21, Arma 105 dan kereta kebal ringan “Harimau” kerjasama PT Pindad dan FNSS dari Turki.

Harimau
Kereta kebal ringan “Harimau” usahasama FNSS dari Turki dan PT Pindad. (sumber internet)

Filipina kini menjadi negara pilihan kepada syarikat-syarikat pertahanan Israel bagi membekalkan sistem persenjataan mereka.

Sebelum ini negara jiran Malaysia itu juga baru sahaja menerima sembilan buah pesawat tanpa pemandu (UAV) Hermes 900 dan empat buah Hermes 450 Medium Altitude Long Endurance (MALE) untuk kegunaan Tentera Udaranya.

UAV Hermes yang digunakan oleh Filipina itu juga menjadi pilihan Tentera Udara Singapura.

Ia dibina oleh Elbit Systems.

hermes
Sistem UAV “Hermes 900” buatan Israel yang juga digunakan oleh Filipina. (sumber internet)

Syarikat pertahanan Israel itu juga memenangi kontrak membekalkan 12 unit meriam self-propelled howitzer ATMOS 155mm kepada tentera Filipina.

Sementara itu syarikat, Rafael daripada Israel juga berjaya memenangi kontrak bernilai US$140 juga untuk membekalkan tiga bateri peluru berpandu “Spyder” kepada Filipina.

Di bawah kontrak itu, Israel dijangka mula membekalkan peluru berpandu anti-pesawat itu mulai tahun depan.

Rafael
SPYDER

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...