Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dua F/A-18D Hornet TUDM Lakukan “Escort Flight” Pesawat Khas Bawa YDP Agong, Permaisuri

Dua buah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah diaturgerak sebagai pesawat pengiring kepada pesawat khas Airbus Corporate Jet 320 (ACJ 320) membawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

0 6,686

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua buah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah diaturgerak sebagai pesawat pengiring kepada pesawat khas Airbus Corporate Jet 320 (ACJ 320).

Pesawat khas ACJ 320 itu membawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bagi Istiadat Keberangkatan Balik Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong XVI.

Kedua-dua buah pesawat pejuang F/A-18D Hornet dari No 18 Skn TUDM, terlebih dahulu berlepas dari Pangkalan Udara Butterworth pada jam 8.00 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA.

Setelah selesai acara “Lambaian Kasih”di Kompleks Bunga Raya, Sepang Selangor,YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong menaiki pesawat khas untuk berangkat balik ke Pahang Darul Makmur dengan diiringi pesawat pejuang F/A-18D Hornet.

Pesawat pejuang F/A-18D Hornet itu diterbangkan oleh juruterbang, Mej Mohammad Afendie Mohamad Idir TUDM dan Juru Sensor Senjata, Kapt Ahmad Nazhan Ahmad Nazrin TUDM manakala pesawat kedua F/A-18D Hornet diterbangkan oleh juruterbang Mej Mohd Saifirudin Bahari TUDM dan Juru Sensor Senjata Mej Mohd Izhar Mohd Tarmizi TUDM.

Agong
(TUDM)
Agong
(TUDM)

 

Pesawat Khas ACJ 320 berlepas dari KLIA kira-kira jam 11.16 pagi dan selamat mendarat di Pangkalan Udara TUDM Kuantan kira-kira jam 11.45 pagi.

Ketibaan pesawat pengiring bersama pesawat khas yang membawa Tuanku berdua turut menarik perhatian rakyat jelata yang tidak melepaskan peluang merakam detik bersejarah pada hari ini.

Tugas “Escort Flight” adalah sebagai penghormatan yang diberikan kepada SPB YDP Agong selaku Pemerintah Tertinggi ATM, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Agong
(TUDM)
Agong
(TUDM)

 

Al-Sultan Abdullah telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI pada 31 Januari 2019 dan tamat tempoh pemerintahan selama lima tahun pada hari ini, 30 Januari 2024.

Menjunjung Kasih Tuanku.

Kredit gambar: No 18 Skn

— DSA

To contact email: lulwabyadah@gmail.com 

Comments
Loading...