Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Turkiye Mula Kerja-Kerja Rekabentuk Kapal Pengangkut Pesawatnya Sendiri

Sejak beberapa tahun lepas, Presiden Turkiye Recep Tayyep Erdogan telah menyatakan impiannya supaya negara Mediterranen itu berusaha membina kapal pengangkut pesawat sendiri bagi memenuhi keperluan strategiknya di rantau itu.

0 4,788

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas berjaya membangun dan mentauliahkan kapal pengangkut dronnya yang juga kapal perang terbesarnya TCG Anadolu, Turkiye kini memutuskan untuk memulakan aktiviti rekabentuk kapal pengangkut pesawatnya pula.

Sejak beberapa tahun lepas, Presiden Turkiye Recep Tayyep Erdogan telah menyatakan impiannya supaya negara Mediterranen itu berusaha membina kapal pengangkut pesawat sendiri bagi memenuhi keperluan strategiknya di rantau itu.

Menurut laporan daripada media negara itu, keputusan untuk memulakan kerja-kerja rekabentuk kapal pengangkut pesawat tempatan itu diambil selepas Jawatankuasa Eksekutif Industri Pertahanan negara itu.

Jawatankuasa itu juga untuk meneruskan pembinaan empat buah kapal friget dibawah program MILGEM.

Laporan menyatakan bagawa kerja-kerja rekabentuk kapal pengangkut pesawar telah pun bermula.

Turkiya akan bekerjasama dengan Sepanyol dalam program pembangunan kapal pengangkut pesawatnya itu, sebagaimana dilakukannya ketika membina kapal pengangkut dron “TCG Anadolu” yang direka sebagai kapal Landing Helicopter Dock (LHD)/Amphibious Assault Ship.Anadolu

Pada 10 April tahun lepas selepas kira-kira sembilan tahun dibina,  Tentera Laut Turki akhirnya menerima secara rasmi kapal perang terbesarnya “TCG Anadolu” seberat 27,000 tan.

Dibina di Sedef Shipyard di Istanbul, kapal TCG Anadolu ini memiliki sekurang-kurangnya 70 peratus komponen tempatan walaupun rekabentuk kapal itu dilakukan di luar negara.

Rekabentuk kapal perang terbaru tentera laut Turki itu adalah sama dengan rekabentuk kapal LHD Tentera Laut Sepanyol, “Juan Carlos.”

Kapal perang terbesar Tentera Laut Turki itu memiliki kelajuan maksimum 21 knot dengan radius operasi 9,000 Batu Nautika

Ia juga dilengkapi dengan SMART-S Mk.2 S-band 3D radar, SPN-720 Naval Precision Approach Radar, GENESIS-ADVENT Combat Management System, IRST, IFF, TDL, VMF, SATCOM, LWR, DDS dan Torpedo Defense System.

Sistem persenjataannya termasuk Rolling Airframe Missile (RAM), Phalanx CIWS, and Aselsan STOP RCWS.Anadolu

“TCG Anadolu” berkemampuan membawa satu battalion anggota tentera dengan segala kelengkapan mereka dan beroperasi untuk suatu tempoh tertentu tanpa perlu mempunyai pangkalan di daratan.

Ia juga boleh membawa sehingga 30 buah kereta perisai (beroda) atau 45 buah kereta kebal, manakala hangarnya boleh menempatkan sehingga 12 buah helikopter sederhana pelbagai jenis.

Bagaimanapun bilangan helikopter itu boleh ditambah jika ia ditempatkan di dek.

 “TCG Anadolu” itu pada mulanya dijadualkan membawa pesawat-pesawat generasi kelima F-35B (Vertical Short Take Off Landing), tetapi apabila Turki dikeluarkan daripada program pembangunan pesawat pejuang buatan syarikat Lockheed Martin itu , maka negara Mediterranean itu kini bercadang menempatkan pesawat-pesawat tanpa pemandu di atas kapal itu.

Turki dikeluarkan daripada program F-35 itu selepas ia meneruskan hasratnya memperolehi sistem pertahanan udara S-400 buatan Russia.

“TCG Anadolu” dijangka membawa 80 buah pesawat tanpa pemandu termasuk Bayraktar TB3 dan pesawat pejuang tanpa pemandu “Kizilelma”, kedua-duanya dibangunkan oleh syarikat Baykar Technology.

TCG Anadolu bakal menjadi kapal pengangkut dron pertama beroperasi di dunia sama ada untuk tujuan pemantauan atau operasi serangan terhadap sasaran musuh. –DSA

CLICK FOR DEFENCE  SECURITY ASIA APPS
Any enquiries can email: lulwabyadah@gmail.com
Comments
Loading...