Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Mahu Bina Struktur Kekal di Second Thomas Shoal, China Berang

Tindakan Filipina mahu membina struktur kekal di Second Thomas Shoal telah membangkitkan kemarahan China, dengan jurucakap Kementerian Luarnya Mao Ning berkata negara itu bertindak dengan tegas jika Filipina membina struktur kekal di Second Thomas Shoal itu, yang juga dikenali dengan nama “Renai Jiao” oleh Beijing.

0 1,785

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kongres Filipina dilaporkan telah menyediakan sejumlah peruntukan untuk membina struktur kekal di sebuah beting yang menjadi punca pertikaian yang semakin buruk di antara negara Asia Tenggara itu dan China.

Filipina merancang untuk membina struktur kekal di Second Thomas Shoal (Ayungin Shoal) yang terletak hanya 105 Batu Nautika daripada Palawan di Laut China Selatan.

Tindakan Manila membina struktur kekal di Second Thomas Shoald terbabit sudah pasti mengundang kemarahan China yang menganggap kawasan perairan di beting itu adalah sebahagian daripada miliknya, walaupun ia adalah jelas milik Filipina.

Pada ketika ini, Tentera Laut Filipina menduduki beting tersebut dengan menempatkan sebuah kapal miliknya yang sudah berkarat, BRP Sierra Madre yang merupakan sebuah kapal Landing Ship Tank (LST).

“Terdapat peruntukan di bawah Belanjawan Kebangsaan 2024 supaya kapal (milik Filipina) mempunyai tempat untuk dituju, “ kata Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Senator Sonny Anggara dalam satu temuramah dengan CNN Philippines.

Beliau bagaimanapun tidak memberitahu peruntukan kewangan untuk pembinaan struktur kekal di Second Thomas Shoal itu.

Filipina
Kapal BRP Sierra Madre milik Filipina di Second Thomas Shoal

 

Pada Ogos tahun lepas, Senator Chiz Escudero telah mencadangkan peruntukan sebanyak US$1.8 juta bagi memulakan projek pembinaan struktur kekal itu.

Menurut beliau, peruntukan itu adalah mencukupi untuk membina jeti dan kawasan untuk didiami oleh anggota tentera Filipina yang ditugaskan di beting itu selain menjadi tempat berlindung untuk nelayan negara itu ketika cuaca buruk.

Sebagaimana dijangkakan, tindakan Filipina mahu membina struktur kekal di Second Thomas Shoal telah membangkitkan kemarahan China.

Jurucakap Kementerian Luarnya Mao Ning berkata bahawa negara itu bertindak dengan tegas jika Filipina membina struktur kekal di Second Thomas Shoal itu, yang juga dikenali dengan nama “Renai Jiao” oleh Beijing.

Penganalisi menyatakan bahawa Beiijng mempunyai pelbagai cara untuk bertindak terhadap Filipina.

Filipina
Kapal perang usang, berkarat “BRP Sierra Madre” milik Tentera Laut Filipina yang ditempatkan di Second Thomas Shoal.

 

Pakar Laut China Selatan di Universiti Nanjing Zhu Feng berkata bahawa tindakan terbaru Manila itu seolah-olah “menyiram lebih banyak minyak” terhadap ketegangan yang sudah buruk di antara Filipina dan China pada ketika ini.

“Adalah amat sukar kepada China untuk memberikan sebaran konsesi terhadap apa-apa perkara yang melibatkan kedaulatan wilayahnya,” kata beliau, tetapi pada masa yang sama bahawa adalah amat sukar untuk Presiden Ferdinand Marcos berundur daripada perbalahannya dengan Beijing disebabkan desakan rakyat negara Asia Tenggara itu. — DSA

CLICK FOR DEFENCE  SECURITY ASIA APPS
Any enquiries can email: lulwabyadah@gmail.com
Comments
Loading...