Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

🎬UCAV Bayraktar TB2 Cipta Sejarah Kumpul 750,000 Jam Penerbangan

(VIDEO) Menurut kenyataan akhbar Baykar Technology, UCAV Bayraktar TB2 menjadi dron keluaran tempatan keluaran Turkiya pertama untuk menghabiskan masa paling lama di ruang udara Turkiye dan bakal menghampiri tempoh satu juta jam penerbangan tidak lama lagi.

0 3,528

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lalu, Unmanned Combat Aerial Vehicle (UCAV) keluaran syarikat Baykar Technology, Bayraktar TB2 daripada Turkiye telah mencipta sejarah kerana telah berjaya terbang selama 750,000 jam sejak ia memasuki perkhidmatan angkatan tentera negara itu pada 2014.

Menurut kenyataan akhbar Baykar Technology, UCAV Bayraktar TB2 menjadi dron keluaran tempatan keluaran Turkiya pertama untuk menghabiskan masa paling lama di ruang udara Turkiye dan bakal menghampiri tempoh satu juta jam penerbangan tidak lama lagi.

Pada 16 Julai  2019, UCAV Bayraktar TB2 turut mencipta sejarah dengan mencipta sejarah menerusi penerbangan berterusan selama 27 jam dan tiga minit dibawah keadaan geografi yang mencabar di Kuwait.

Sehingga kini UCAV buatan Turkiye itu beroperasi di bawah semua keadaan cuaca termasuk padang pasir, tahap cuaca sejuk melampau, salji, ribut di benua Afrika sehingga ke Eropah.

Diakui sebagai UCAV terbaik di dalam kelasnya terutama berkenaan spesifikasi teknikal dan penyertaannya dalam pelbagai operasi di seluruh dunia, Bayraktar TB2 mula memasuki perkhidmatan Angkatan Tentera Turkiye pada 2014 dan mula dilengkapi dengan senjata setahun selepas itu, menurut syarikat pengeluarnya, Baykar.

Pada ketika ini, Bayraktar TB2 bukan sahaja digunakan oleh Angkatan Tentera Turkiye, tetapi juga pasukan polis dan agensi perisikan negara itu antara lain.

“UCAV Bayraktar TB2 telah digunakan secara aktif dalam pelbagai operasi anti-pengganas di dalam dan luar negara sejak 2014,” menurut syarikat pengeluarnya sambil menambah, dron bersenjata itu turut digunakan secara aktif oleh Ukraine dalam konfliknya dengan Russia pada ketika ini untuk operasi-operasi serangan dan pertahanan.

Dengan eksport ke Romania, UCAV Bayraktar TB2 telah memasuki inventori empat buah negara anggota NATO dan dua buah negara Kesatuan Eropah.

Pada Jun lalu, Kuwait menjadi negara ke-28 di dunia menjadi pelanggan UCAV buatan Turkiye itu yang terkenal di seluruh dunia.

Baykar Technology mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan dengan kerajaan Kuwait untuk mengeksport Bayraktar TB2 bernilai sebanyak US$367 juta (RM1.5 bilion) untuk digunakan oleh tentera darat negara Timur Tengah itu.

Bayraktar
(kredit Baykar)
Bayraktar
(Baykar TB2)

 

Tidak lama selepas Kuwait menandatangani perjanjian perolehan, Arab Saudi juga dilaporkan mengikuti jejak langkah yang sama dengan perolehan Bayraktar TB2 dan Akinci yang turut dikeluarkan oleh Baykar, dalam perjanjian perolehan yang disifatkan sebagai terbesar dalam sejarah pertahanan Ankara.

Pada ketika ini, komponen-komponen kritikal bagi kegunaan UCAV Bayraktar TB2 dibangunkan secara sendirian oleh Baykar dengan penyertaan industri tempatan Turkiye di Özdemir Bayraktar National Technology Center di Istanbul pada kadar 93 peratus.

Baykar diiktiraf sebagai salah satu syarikat berteknologi tinggi terpenting dunia dalam 13 disiplin berlainan kejuruteraan berkaitan dengan pembangunan sistem pesawat tanpa pemandu, dengan penyertaan sekumpulan jurutera Turkiye bermula pada awal tahun-tahun 2000. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

 

Comments
Loading...