10 Fakta Menarik Pesawat Peninjau Strategik Amerika, SR-71 “Blackbird”
Dengan kelajuan maksimum Mach 3++, pesawat dua enjin dan dua tempat duduk ini dioperasikan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), dengan kesemuanya sebanyak 32 buah pesawat rahsia Blackbird itu telah dibina.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat Lockheed SR-71 yang lebih dikenali dengan nama “Blackbird” merupakan pesawat peninjau strategik dan jarak jauh yang dibangunkan oleh syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat, Lockheed Corporation.
Dengan kelajuan maksimum Mach 3++, pesawat dua enjin dan dua tempat duduk ini dioperasikan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), dengan kesemuanya sebanyak 32 buah pesawat rahsia Blackbird itu telah dibina.
Kebanyakkan daripada airframe pesawat ini diperbuat daripada logam Titanium.
Pesawat Blackbird pertama telah terbang pada 22 Disember 1964 dan pesawat pertama telah dioperasikan oleh unit peninjau strategik Tentera Udara Amerika Syarikat berpengkalan di California pada Januari 1966.
Sepanjang perkhidmatannya selama 24 tahun dengan Tentera Udara Amerika Syarikat, pesawat SR-71 Blackbird yang boleh terbang selaju Mach 3++ kekal sebagai pesawat paling laju dan berkemampuan terbang paling tinggi pada 80,000 kaki altitude.
Tentera Udara Amerika Syarikat menamatkan khidmat pesawat Blackbird ini 26 Januari 1990 berikutan peruntukan pertahan yang semakin menurun serta kos operasinya yang tinggi.
Sepanjang perkhidmatan aktifnya dengan tentera Amerika Syarikat, pesawat Blackbird itu tidak pernah ditembak jatuh oleh musuh.
Dalam penerbangan terakhirnya pada 6 Mac 1990, pesawat Blackbird yang dipandu oleh Lt Kol Ed Yeilding dan Lt Kol Joseph Vida mencipta rekod penerbangan dengan menerbangkan pesawat daripada Los Angeles ke Washington dalam masa 1 jam 4 minit dan 20 saat.
Secara puratanya, pesawat itu terbang pada kelajuan 3, 418 kilometer satu jam.
Apabila ia tiba di Washington-Dulles International Airport, pesawat Blackbird itu telah diserahkan kepada Muzium Smithsonian, sekaligus menamatkan tugas aktifnya dengan Tentera Udara Amerika Syarikat.
Comments are closed.