Kapal Peronda KD Sri Sabah, KD Sri Sarawak Bakal Buat Kemunculan Selepas Refit
Apabila diterima dalam tempoh terdekat ini, kedua-dua kapal peronda tersebut akan ditauliah serta dinamakan KD SRI SABAH dan KD SRI SARAWAK.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob hari ini melaksanakan lawatan kerja bagi meninjau kemajuan akhir projek refit dua buah Kapal Ronda (Patrol Craft – PC) TLDM di MSET Corporation Sdn Bhd di Pulau Kambing, Terengganu.
Salah sebuah kapal peronda itu telah selesai menjalani Ujian Penerimaan Di Laut (Sea Acceptance Trial – SAT).
Apabila diterima dalam tempoh terdekat ini, kedua-dua kapal peronda tersebut akan ditauliah serta dinamakan KD SRI SABAH dan KD SRI SARAWAK.

Selain itu, lawatan kerja Panglima TLDM turut meninjau status dan kemajuan Obsolescence Program (OP) KD GANYANG atau lebih dikenali sebagi OP KD GANYANG.
Inisiatif lawatan kerja ulung ini melakar sejarah iaitu Panglima Tentera Laut pertama melawat Limbungan MSET Corporation sejak limbungan tersebut ditubuhkan pada tahun 1966.
Justeru, lawatan kerja ini adalah amat bermakna bagi memperkasa industri pertahanan maritim tempatan dan juga adalah manifestasi sokongan berterusan TLDM terhadap kelangsungan limbungan tempatan.
Warga TLDM wajar berbangga dengan inisiatif “makeover” kedua-dua kapal peronda tersebut, di mana apabila memasuki inventori Armada TLDM kelak, ianya dapat mendokong keperluan operasi yang semakin meningkat.
Obsolescence Program (OP) KD PERKASA telah melakar sejarah sebagai program unik, pertama kali dilaksanakan di negara ini.
Unik disebabkan aktiviti OP seolah-olah membuat sebuah kapal baharu mengguna kembali sebahagian kecil peralatan legasi.

OP merupakan inisiatif terkini cetusan idea warga Navy People iaitu kapal dilaksanakan projek senggaraan in-lieu kepada refit, tetapi melibatkan penukaran secara total badan kapal (re-hull), sistem kuasagerak, penjanaan tenaga elektrik, sistem distribusi elektrik, hotel services” serta konfigurasi semula General Arrangement (GA).
Comments are closed.