Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kontrak Indonesia-Airbus Bagi Perolehan A400M, A330 MRTT Telah Bermula

Kenyataan oleh Kementerian Pertahanan negara itu menerusi akaun X (dahulu dikenali sebagai Twitter) menyatakan bahawa antara kontrak dengan syarikat Airbus yang telah bermula (effektif) --  antaranya melibatkan perolehan helikopter anti-kapal selam dan helikopter pengangkut kelas berat H225M, A400M dan A330 MRTT.

0 2,632

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Indonesia semalam mengumumkan bahawa kontrak perolehan beberapa aset pertahanan dibangunkan oleh syarikat pembuat pesawat dan helikopter Eropah, Airbus telah pun bermula (effektif).

Kenyataan oleh Kementerian Pertahanan negara itu menerusi akaun X (dahulu dikenali sebagai Twitter) menyatakan bahawa antara kontrak dengan syarikat Airbus yang telah bermula (effektif) —  antaranya melibatkan perolehan helikopter anti-kapal selam dan helikopter pengangkut kelas berat H225M.

Perolehan-perolehan lain daripada syarikat pembuat pesawat dan helikopter Eropah itu termasuk pesawat pengangkut A400M dan Airbus A330 Multi Role Transport Tanker (MRTT).

A400M
Pesawat pengangkut A400M TUDM

 

Perolehan aset-aset itu berkemungkinan menggunakan pinjaman daripada institusi kewangan asing,

Kementerian Pertahanan Indonesia berkata kontrak perolehan bagi aset-aset terbabit telah pun bermula, tetapi tidak menyatakan bilakah negara itu akan mula menerima aset-aset pertahanan terbarunya itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Wakil Menteri Pertahanan Indonesia M Herindra menerima kunjungan daripada Presiden Airbus Asia-Pasifik Anand Stanley dan pegawai-pegawai kanan syarikat tersebut di Kementerian Pertahanan negara itu.

Herindra menyatakan bahawa pertemuan itu membincangkan pelbagai perkara berkenaan sistem persenjataan yang diperlukan oleh Indonesia untuk pertahanan negara.

Pada 2021, Indonesia mengumumkan bahawa ia akan memperolehi dua dua buah pesawat Airbus A400M Atlas di dalam varian pesawat pengisi minyak dan pesawat pengangkut.

Dengan itu, Jakarta menjadi negara kedua di Asia Tenggara selepas Malaysia serta ke-10 di dunia menjadi pengguna pesawat pengangkut moden itu.

Airbus
H225M

 

Malaysia mula menggunakan empat buah pesawat A400M Atlas yang mula diterimanya pada tahun 2015, dengan No 22 Skuadron mengoperasikannya.

Menteri Pertahanan Indonesia Jeneral Probowo Subianto dilaporkan berkata pada ketika itu bahawa kedua-dua pesawat A400M Atlas itu akan menjadi aset paling penting bagi Tentera Udara Indonesia dalam misi-misi bantuan kemanusiaan dan bencana alam.

Syarikat Airbus juga menyatakan bahawa ia juga telah menandatangani Letter Of Intent (LOI) dengan pihak Indonesia tentang kemungkinan untuk memperolehi lagi empat buah pesawat A400M Atlas untuk digunakan bagi pelbagai misi lain termasuk memadam kebakaran.

Pada 2021 juga, dilaporkan bahawa Kementerian Kewangan Indonesia telah memberikan kelulusan untuk negara itu memperolehi pinjaman asing sebanyak US$700 juta (RM3.1 bilion) bagi membolehkan perolehan dua buah pesawat Airbus A330 MRTT untuk tentera udara negara itu.

Pesawat A330 MRTT itu adalah berasaskan kepada pesawat awam A330-200.

Airbus
A330 MRTT milik Singapura

 

Sehingga pertengahan tahun ini, sejumlah 76 buah pesawat A330 MRTT telah diperolehi oleh pelbagai pengguna termasuk Australia, Singapura, Perancis, NATO dan Korea Selatan.

Pesawat A330 MRTT adalah pesawat serbaguna yang boleh menjalankan fungsi sebagai pesawat pengisi minyak dan pesawat penumpang pada masa yang sama.

Bagi pesawat pengisi minyak,ia berkemampuan membawa sehingga 111 tan minyak untuk menyokong empat buah pesawat pejuang serta 50 kakitangan teknikal, manakala bagi pesawat penumpang pula, ia boleh membawa 300 orang penumpang. — DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...