“Pesawat Bawa Ketua Kami Ditembak Jatuh Tentera Russia,” Dakwa Pengikut Wagner
Saluran Telegram kumpulan Wagner dikenali sebagai "Grey Zone" imendakwa bahawa pesawat membawa ketua kumpulan bersenjata Wagner Yevgeny Prigozhin dan panglima paling kanannya Dmitry Utkin telah ditembak jatuh menggunakan sistem pertahanan udara tetapi tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong tuduhannya itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Saluran Telegram dikaitkan dengan kumpulan bersenjata “Wagner” mengesahkan kematian ketuanya, Yevgeny Prigozhin apabila pesawat mewah Embraer Legacy 600 membawanya terhempas di Kuzenkino, wilayah Tver di utara Moscow hari ini.
Saluran Telegram itu, “Grey Zone” mengesahkan kematian ketuanya itu dan menyatakan bahawa Prigozhin menemui ajalnya ditangan mereka yang didakwa mereka sebagai “pengkhianat Russia”.
Saluran Telegram itu juga mendakwa bahawa pesawat membawa ketua kumpulan bersenjata Wagner dan panglima paling kanannya Dmitry Utkin itu telah ditembak jatuh menggunakan sistem pertahanan udara tetapi tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong tuduhannya itu.

Prigozhin dan Utkin, seorang bekas pegawai kanan unit komando tentera Russia, “Spetsnaz” dikatakan dua individu bertanggungjawab menubuhkan kumpulan bersenjata Wagner.
Terdapat dikalangan anggota kumpulan Wagner mengancam bahawa mereka akan bertindak balas terhadap kematian Prigozhin dan Utkin itu.
Seorang pegawai kerajaan Russia yang enggan dikenali memberitahu portal berita, Moscow Times bahawa beliau percaya insiden itu mahupun lokasi kejadian saling berkait dan bukanlah insiden kemalangan yang biasa.
“Ia tidak jauh daripada kediaman presiden Putin di Valdai, terdapat empat divisyen sistem pertahanan udara S-300 PMU mengawasi ruang udara,”
“Lihat bagaimana (pesawat) itu jatuh, ia ditembak begitu sahaja. Pesawat itu hanya jatuh begitu sahaja daripada udara,” kata sumber itu.
Menurut Ian Petchenik daripada aplikasi Flightradar 24, pada 3.19 petang pesawat itu tiba-tiba menjunam daripadab 28,000 kaki kepada hanya 8,000 kaki.
“Apa-apa yang berlaku, ia berlaku dengan cepat, kata Petchenik.
Comments are closed.