Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

F-35 Amerika Dan Su-35 Russia “Bertembung” Di Syria, Hampir Sebabkan Pelanggaran

Sejak beberapa bulan lepas,  selari dengan konflik yang berlaku di Ukraine, “pergeseran” di antara tentera Russia dan tentera Amerika Syarikat di Syria juga telah mencatat peningkatan dengan mendadak, menyebabkan Amerika Syarikat bertindak mengerah lebih banyak aset-aset tenteranya ke Timur Tengah termasuk pesawat pejuang F-35 dan F-16, serta kapal-kapal perang.

0 6,077

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia mendakwa dua buah pesawat pejuang generasi kelima F-35 milik Tentera Udara Amerika Syarikat “menghampiri” dua buah pesawat pejuang Su-35 Tentera Udara Russia di ruang udara Syria pada 14 Ogos lepas sehingga hampir menyebakan insiden “pelanggaran.”

Kejadian yang berlaku di kawasan Al Tanf, Syria itu merupakan insiden pertembungan terbaru di antara tentera Russia dan Amerika Syarikat di negara Timur Tengah yang bergolak itu.

Sejak beberapa bulan lepas,  selari dengan konflik yang berlaku di Ukraine, “pergeseran” di antara tentera Russia dan tentera Amerika Syarikat di Syria juga telah mencatat peningkatan dengan mendadak.

F-35
F-35

 

Berikutan dengan peningkatan “pergeseran” dengan Russia itu, Amerika Syarikat telah mengerah lebih banyak aset-aset tenteranya ke Timur Tengah termasuk pesawat pejuang F-35 dan F-16, serta kapal-kapal perang.

Moscow dan Washington masing-masing mempunyai pangkalan tentera di Syria.

Menurut pegawai kanan Tentera Russia di Syria Laksamana Vadim Kulit, ketika kejadian yang hampir menyebabkan pelanggaran,  kedua-dua pesawat Su-35 Russia itu sedang melakukan penerbangan yang telah dirancang lebih awal di sempadan selatan negara itu.

“Pada 14 Ogos 2023 di ruang udara Al-Tanf ketika di ketinggian 9,100 meter, berlaku pertembungan berbahaya di antara dua buah pesawat pejuang F-35 milik Amerika Syarikat dan dua buah pesawat pejuang Su-35 milik Russia yang sedang melakukan penerbangan dirancang di selatan negara itu.”

“Pesawat Russia telah menunjukkan profesionalisme dengan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengelak berlakunya pelanggaran dengan pesawat pejuang Amerika Syarikat itu,” dakwa pegawai kanan tentera Russia itu.  

Beliau berkata pesawat-pesawat pejuang dan aset tentera Amerika Syarikat sentiasa menimbulkan keadaan “mencemaskan” sebagaimana yang berlaku pada 14 Ogos yang lalu.

F-35
F-35
Su-35 Russia
Pesawat Su-35 Russia

 

Menurutnya, pada 14 Ogos itu pesawat pejuang dan dron-dron milik tentera Amerika Syarikat dikesan menceroboh ruang udara Syria di kawasan Al-Tanf sebanyak 20 kali.

Sepanjang hari pihak tentera Russia mengesan tiga buah pesawat F-16, dua buah pesawat Rafale dan pesawat Eurofighter Typhoon  serta dua buah dron MQ-1C telah menceroboh kawasan ruang udara di kawasan Al-Tanf.

Sementara itu jurucakap Central Command (CENTCOM) Tentera Udara Amerika Syarikat Kolonel Michael Andrews pula dilaporkan berkata bahawa pihaknya melihat peningkatan tindakan berbahaya dan tidak professional oleh Tentera Udara Russia apabila berhadapan dengan Tentera Udara Amerika Syarikat.

Pada Julai lepas, Amerika Syarikat menuduh pesawat pejuang Su-35 Russia melakukan provokasi dengan sengaja melepaskan suar (flares) berhampiran dron MQ-9 “Reaper” yang sedang menjalankan operasi anti-pengganas di Syria sehingga merosakkan dron pemantau miliknya itu.

Komander Tentera Udara Amerika Syarikat Lt Jeneral Alexus Grynkewich dalam satu kenyataan berkata apa yang dilakukan oleh juruterbang pesawat pejuang Russia itu adalah merbahaya dan tidak professional.

Russia
Anggota tentera Amerika di pangkalannya di Al-Tanf, Syria.

 

Ketika insiden itu, dron terbabit sedang dalam operasi memerangi kumpulan pengganas ISIS di Syria, di mana Russia turut menempatkan anggota dan aset tenteranya untuk menyokong pentadbiran Presiden Bashar al-Assad.

Dron “Reaper” Amerika Syarikat itu mengalami kerosakan di bahagian bilah kipasnya akibat tindakan pesawat pejuang Russia itu.

Pada Julai juga, tiga buah pesawat pejuang Su-35 Russia telah bertindak dengan cara-cara “tidak selamat dan profesional” dalam melakukan pemintasan terhadap tiga buah dron MQ-9 “Reaper” milik Amerika Syarikat di utara Syria pada 5 Julai.

Russia turut mengerah sebuah pesawat perisiknya untuk melakukan misi pengintipan intensif terhadap pangkalan At-Tanf yang diduduki oleh anggota tentera Amerika Syarikat di Syria dan kawasan persekitarannya.

Rafale
Gambar pesawat Su-35 yang diambil menggunakan pod sasaran sama ada Talios atau Damocles oleh pesawat pejuang Rafale Perancis di Syria.

 

Menurut pegawai pertahanan Amerika Syarikat, pesawat pengintip Russia itu berlegar-legar untuk beberapa jam di atas pangkalan tentera Amerika di Syria untuk “mengumpul” segala maklumat perisikan yang diperlukannya.

Pesawat perisik Russia itu dikenalpasti daripada jenis Antonov An-30 atau “Clank” sebagaimana dipanggil oleh NATO dan mula berkhidmat pada tahun-tahun 1960-an ketika Perang Dingin di antara Kesatuan Soviet dengan negara-negara Barat.

Ia adalah pesawat yang khusus untuk melakukan fotografi daripada udara (aerial photography) terhadap kawasan-kawasan sensitif tentera. — DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...