Kenderaan IFV Bradley “Dikuburkan” Di Ukraine, Amerika Kirim Pengganti
Dikatakan 15 buah kenderaan Infantry Fighting Vehicles (IFV) Bradley buatan Amerika Syarikat yang bakal dihantar ke Ukraine tidak lama lagi adalah untuk menggantikan 16 buah kenderaan kombat buatan negara itu yang musnah dalam dalam operasi menembusi kawasan diduduki tentera Russia di wilayah Zaphorizia di selatan Ukraine.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menyalurkan bantuan ketenteraan tambahan bernilai US$325 juta (RM1. 3 bilion) kepada Ukraine meliputi penghantaran kenderaan-kenderaan berperisai dan sistem pertahanan udara.
Termasuk dalam bantuan ketenteraan terbaru Washington kepada Kiev adalah 25 buah kenderaan berperisai termasuklah 15 buah Bradley Infantry Fighting Vehicles (IFV) dan 10 buah kenderaan perisai Stryker.
Dikatakan 15 buah Bradley IFV yang bakal dihantar ke Ukraine tidak lama lagi adalah untuk menggantikan 16 buah kenderaan kombat buatan Amerika Syarikat itu yang musnah dalam dalam operasi menembusi kawasan diduduki tentera Russia di wilayah Zaphorizia di selatan Ukraine.

Pentagon meneruskan usaha membekalkan senjata kepada Ukraine daripada simpanannya termasuk peluru-peluru roket HIMARS, peluru-peluru meriam 105mm dan 155mm, peluru berpandu bagi sistem pertahanan udara NASAM, peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” dan lain-lain.
Bantuan terbaru ini merupakan kali ke-40 Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat membenarkan pengeluaran senjata daripada simpanannya untuk dibekalkan kepada Ukraine sejak konflik yang berpunca daripada pencerobohan Russia pada Februari tahun lepas.
Berita tentang penghantaran lebih banyak kenderaan IFV Bradley itu muncul selepas laporan daripada medan konflik menunjukkan lebih daripada satu dozen kenderaan Bradley IFV telah musnah atau rosak dalam tempoh beberapa hari ini.
Mengikut laporan daripada laman web analisis peperangan Belanda, Oryx, sejumlah 16 buah kenderaan IFV Bradley yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine telah musnah atau rosak teruk dalam tempoh beberapa hari ini.
Menurut Oryx, sejumlah lima buah Bradley IFV telah musnah sepenuhnya manakala lima mengalami kerosakan yang teruk sehingga ia terpaksa ditinggalkan oleh anggota tentera Ukraine yang mengoperasikannya.
Sejumlah 16 buah kenderaan Bradley IFV yang musnah itu hanyalah sebahagian kecil daripada 109 buah Bradley IFV yang dibekalkan oleh Washington kepada Kiev untuk berhadapan dengan tentera Russia.
Kemusnahan yang dialami oleh 16 buah kenderaan IFV Bradley itu berlaku apabila tentera Ukraine melaksanakan salah satu manuver tentera yang paling berisiko sepanjang konflik itu dipanggil “operasi memecah”. (Breaching Operation)
Comments are closed.