Duta China Ke Filipina Perlu “Ditendang Keluar”, Hantar Balik Ke Beijing
Saranan kepada kerajaan Filipina itu telah disuarakan oleh senator Risa Hontiveros yang mahukan duta China ke Filipina itu, Huang Xilian itu “ditendang keluar” daripada negara Asia Tenggara itu dan dihantar pulang ke Beijing kerana kenyataan yang "menjijikan" oleh beliau.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan pimpinan Presiden Ferdinand “Bong Bong” Marcos perlu mendesak China supaya memanggil pulang dutanya di Filipina kerana telah mengeluarkan kenyataan yang dianggap oleh banyak rakyat negara Asia Tenggara itu sebagai “mengugut.”
Saranan kepada kerajaan Filipina itu telah disuarakan oleh senator Risa Hontiveros yang mahukan duta China ke Filipina itu, Huang Xilian itu “ditendang keluar” daripada negara Asia Tenggara itu dan dihantar pulang ke Beijing kerana kenyataan yang “menjijikan” oleh beliau.
“Ini adalah kenyataan yang amat menjijikan oleh duta Huang Xilian. Amat berani beliau mengugut kita. Pejabat Presiden Filipina mesti memberitahu Beijing supaya memanggil balik wakilnya di Manila secepat mungkin,” kata senator itu.

Seorang lagi senator Filipina, Grace Poe pula berkata kenyataan duta China ke Filipina itu tidak sepatutnya berlaku, manakala rakannya, senator JV Ejercito pula berkata apa yang diluahkan oleh Huang itu menunjukkan Beijing tidak boleh dipercayai.
Ketika berucap pada forum berkenaan hubungan Filipina dan China di Manila baru-baru ini, Huang memberitahu Manila supaya menentang usaha kemerdekaan Taiwan dan tidak “bermain api” dengan menawarkan Amerika Syarikat akses kepada pangkalan-pangkalan tentera berhampiran dengan Selat Taiwan “sekiranya ia benar-benar mengambil-berat tentang 150,000 rakyat Filipina yang bekerja di Taiwan.”
Hubungan Beijing-Manila sejak Presiden Marcos mengambilalih mengambilalih pemerintahan negara Asia Tenggara itu daripada Rodrigo Duterte, semakin dingin dikala hubungan Manila dengan Washington semakin erat.
Ketika Filipina diperintah oleh Duterte, Filipina mengambil sikap berbaik-baik dengan China.
Perasaan marah yang “membuak-buak” Beijing terhadap Manila akhir-akhir ini dipercayai tercetus akibat keputusan Filipina baru-baru ini yang bertindak memberi lebih banyak akses kepada Amerika Syarikat terhadap pangkalan-pangkalan tenteranya terutama yang terletak tidak jauh daripada Selat Taiwan.

Beijing melihat tindakan Manila memberi akses pangkalan tenteranya kepada Amerika Syarikat terutamanya berhampiran dengan Taiwan sebagai tindakan mencampuri urusan dalam negara pulau itu.
Keempat-empat lokasi baru yang diberikan akses kepada Amerika Syarikat adalah — Pangkalan Laut Camilo Osias di Sta Ana di Cagayan, Lapangan Terbang Lal-lo di Cagayan, Kem Melchor Dela Cruz di Gamu, Isabela dan Balabac di Palawan.
Comments are closed.