Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

AIROD, PT Dirgantara Meterai Perjanjian MRO Babit Pesawat C-130 Indonesia

AIROD Sdn Bhd dan PT Dirgantara juga telah memeterai memorandum persefahaman pada 2 Ogos 2021 untuk bekerjasama dalam program penyelenggaraan lima tahun bagi memodenkan 12 buah pesawat C-130 milik Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU).

0 2,052

(DEFENCE SECURITY ASIA) — AIROD Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO) diperakui di peringkat antarabangsa,  menyasarkan potensi perniagaan MRO jangka panjang bernilai US$300 juta (RM1.2 bilion) susulan pemeteraian Perjanjian Komitmen Kerjasama dengan rakan kongsi Indonesia, PT Dirgantara Indonesia (PTDI) baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ia berkata perjanjian dengan PT Dirgantara itu dijangka menghasilkan US$10 juta  (RM40 juta) untuk tempoh jangka pendek susulan daripada pembaikan, latihan dan bantuan teknikal melibatkan kumpulan pesawat pengangkut C-130 milik Tentera Nasional Indonesia.

Perjanjian itu ditandatangani pada 8 Jan 2023 di Jakarta di antara Naib Presiden Kanan AIROD Datuk Edron Hayata Ahmad dengan Ketua Pegawai Eksekutif PTDI Gita Amperiawan, yang disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan rasmi beliau ke negara itu.

“Kerjasama berkenaan akan menyaksikan pertumbuhan aktiviti MRO di antara AIROD dengan PTDI dari segi menaik taraf dan pengubahsuaian, struktur aero dan komposit untuk pelbagai kategori pesawat berat dan ringan pada masa akan datang,” katanya.

Pada 2 Ogos 2021, AIROD dan PT Dirgantara telah memeterai memorandum persefahaman pada 2 Ogos 2021 untuk bekerjasama dalam program penyelenggaraan lima tahun bagi memodenkan 12 buah pesawat C-130 milik Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU).

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pembaharuan itu akan membolehkan TNI-AU melanjutkan penggunaan pesawat pengangkut C-130 untuk tempoh 15 hingga 20 tahun lagi.

Pada 15 Feb 2022, kedua-dua pihak turut menandatangani perjanjian operasi am untuk memulakan perbincangan dalam aspek teknikal dan kewangan program.

Sehingga kini, AIROD yang berpangkalan di Subang telah melaksanakan perkhidmatan MRO kepada pesawat tentera dan komersial dari 33 negara. — DSA

 

Comments
Loading...