Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Malaysia Beroleh Kemenangan Lagi Terhadap “Waris Sultan Sulu”

Sebelum ini, Dr Gonzalo Stampa dilantik sebagai penimbang tara yang telah mengarahkan Malaysia untuk membayar pampasan sebanyak AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris ‘Sultan Sulu’ itu berikutan tindakan negara menghentikan pembayaran pajakan tahunan kepada waris kesultanan Sulu sejak 2013.

0 16,991

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Malaysia beroleh kemenangan lagi terhadap sekumpulan individu yang mendakwa mereka sebagai “waris Sultan Sulu” selepas Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan perlembagaan luar biasa yang difailkan oleh mereka berhubung pembatalan pelantikan Dr. Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara dalam kes pertikaian antara kerajaan Malaysia dan Sulu. 

Ia berhubung tuntutan dikeluarkan Gonzalo sebagai penimbang tara sebelum ini yang mengarahkan Malaysia untuk membayar pampasan sebanyak AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris ‘Sultan Sulu’ itu.

Ia juga berikutan langkah Malaysia menghentikan pembayaran pajakan tahunan kepada waris kesultanan Sulu sejak 2013.

Sulu
Azalina Othman Said

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan baru menerima pengesahan rasmi rayuan difailkan yang telah ditolak.

Katanya, Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan oleh penuntut kerana mereka telah menarik semula tuntutan untuk melantik penimbang tara berikutan keputusan pembatalan. 

“Akhirnya, mereka telah secara sukarela meninggalkan prosiding yang menjadi asas untuk rayuan perlembagaan mereka. 

“Hasil daripada pembatalan kehakiman beliau di Sepanyol, beliau tidak lagi mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai penimbang tara dan harus segera menamatkan prosiding timbang tara yang dikatakan. 

“Keputusan Mahkamah Perlembagaan Sepanyol ini membuktikan dasar kerajaan untuk bersungguh-sungguh mempertahan Malaysia di setiap mahkamah dan forum, menggunakan semua kuasa, hak dan sumber bagi memastikan kepentingan negara, kekebalan kedaulatan dilindungi setiap masa,” katanya dalam kenyataan. 

sulu
Kumpulan bersenjata Sulu

 

Mahkamah Tinggi Madrid merupakan mahkamah Sepanyol yang pada mulanya melantik Gonzalo pada 2019 (tanpa mendengar Malaysia berikutan perkhidmatan yang tidak sah).

Hasilnya, , Mahkamah Tinggi Madrid  secara retroaktif membatalkan pelantikan beliau dan membatalkan semua tindakannya sebagai penimbang tara. 

Beberapa hari lepas, Mahkamah di Luxembourg memutuskan untuk mengetepikan perintah sekatan (saisie arrêt) yang diminta oleh waris Sultan Sulu kerana “tindakan” mereka,

 Mahkamah mendapati bahawa waris Sultan Sulu itu memilih untuk tidak mendedahkan alamat sebenar mereka dan “ketiadaan” (alamat) itu adalah “penting” kepada mahkamah.

Mahkamah Daerah Luxembourg telah menerima cabaran Malaysia berdasarkan fakta bahawa pihak yang menuntut, menurut mahkamah, secara sukarela tidak mendedahkan alamat sebenar mereka.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

“Mahkamah mendapati bahawa tindakan penuntut tidak mendedahkan alamat sebenar mereka adalah sesuatu yang penting yang telah menghalang penyampaian dokumen dan penguatkuasaan keputusan yang mungkin dikenakan terhadap penuntut,” katanya.

Azalina berkata menurut mahkamah, tindakan penuntut adalah sesuatu “kesusahan yang jelas terlarang” yang menjejas dan merugikan Malaysia.

Azalina menegaskan bahawa kelakuan itu adalah sesuatu perbuatan menipu dan penuntut secara konsisten menggunakan tipu daya dalam membuat tuntutan terhadap Malaysia. — DSA

 

Comments
Loading...