Hanya Miliki 22 Buah Su-57 Pada 2024, Pengeluaran Pesawat Gen-5 Russia Bermasalah?
Mengenai pengeluaran pesawat pejuang generasi kelima Russia, Su-57 amat perlahan ketika ini? Tentera Udara Russia dijangka hanya memiliki 22 buah pesawat Su-57 pada tahun 2022 dan 76 buah pada 2028. Apakah jumlah ini sudah mencukupi untuk bersaing dengan F-35 dan F-22 Amerika Syarikat?
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun pesawat generasi kelima Russia, Su-57 telah melakukan penerbangan sulungnya pada 2010 iaitu kira-kira 13 tahun dahulu yang lepas, namun bilangan pesawat pejuang termoden Russia di dalam tentera udara negara itu pada ketika ini adalah amat mengecewakan.
Jikalau diambilkira bahawa program pembangunan pesawat Su-57 itu bermula pada 2002, maka ia adalah lebih mengecewakan berkenaan bilangan pesawat terbabit yang kini dimiliki oleh Russia.
Pada 28 Disember yang lalu, Tentera Udara Russia menerima lagi pesawat-pesawat Su-57 yang baru daripada kilang pembuatnya iaitu Komsomolsk-on-Amur yang dimiliki oleh United Aircraft Corporation.
Kenyataan akhbar daripada UAC itu tidak memberitahu bilangan pesawat Su-57 yang dihantarnya kepada Tentera Udara Russia pada minggu lepas itu, walaupun spekulasi mengatakan hanya empat buah.
“Komsomolsk-on-Amur telah membina dan menyerahkan kepada Kementerian Pertahanan Russia satu lagi kumpulan pesawat Su-57 sebahagian daripada program bekalan pada tahun ini,” menurut UAC.
Tentera Udara Russia terima kumpulan kedua pesawat pejuang Su-57.. pic.twitter.com/gCgrxP1q6x
— Defence Security Asia (@defence_asia) December 28, 2022
Ketua Pengarah UAC Yuri Slyusar berkata bahawa ia telah memenuhi jadual produksi pesawat Su-57 untuk Tentera Udara Russia pada tahun ini.
“Kita akan sentiasa memenuhi tanggungjawab kami. Pesawat-pesawat Su-57 yang akan diserahkan pada tahun depan, sedang dibina pada ketika ini,” menurut beliau.
Walaupun program pembangunan Su-57 bermula pada 2002 dan pesawat pejuang generasi kelima itu melakukan penerbangan sulungnya pada 2010, tetapi Tentera Udara Russia hanya menerima pesawat pejuang yang pertama pada tahun 2020.
Sehingga kini, tidak diketahui bilangan sebenar pesawat Su-57 yang dimiliki oleh Tentera Udara Russia pada ketika ini, walaupun pemerhati menganggarkan negara itu memiliki tidak lebih daripada 10 buah pesawat terbabit.
Mengapa pengeluaran pesawat Su-57 untuk Tentera Udara Russia itu amat perlahan? Adakah Russia berhadapan dengan masalah untuk mengeluarkan lebih banyak pesawat pejuang terbabit yang direka untuk bersaing dengan F-35 dan F-22 buatan Amerika Syarikat?
Comments are closed.