Pesawat Su-30MKM TUDM Hadapi “Isu Penyelenggaraan Yang Rendah”?
Apa yang menarik di dalam kenyataan oleh Hindustan Aeronautics Ltd (HAL) hari ini adalah -- ia mengatakan bahawa pesawat-pesawat Su-30MKM milik TUDM sedang berhadapan dengan “isu-isu penyelenggaran yang rendah” akibat konflik di antara Russia dan Ukraine pada ketika ini.
Jom folo Twitter, Telegram, Facebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hari ini, dilaporkan bahawa syarikat Hindustan Aeronautics Ltd (HAL) yang cuba menjual pesawat ‘Tejas” kepada Malaysia, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mewujudkan sebuah pejabat di Kuala Lumpur.
MoU itu ditandatangani di antara HAL dengan syarikat Forte Drus yang merupakan wakil HAL di Malaysia.
Menurut kenyataan yang diperolehi dari laman web HAL hari ini, pejabat itu akan membantu HAL dalam mengambil peluang perniagaan baru untuk program Fighter Lead In Trainer (FLIT) TUDM dan lain-lain termasuk berkenaan Sukhoi Su-30MKM dan menaiktaraf pesawat-pesawat Hawk.

Namun, apa yang menarik di dalam kenyataan oleh HAL hari ini adalah — ia mengatakan bahawa pesawat-pesawat Su-30MKM milik TUDM sedang berhadapan dengan masalah “isu-isu penyelenggaran yang rendah” akibat konflik di antara Russia dan Ukraine pada ketika ini.
“Sebagai salah satu pengeluar terbesar pesawat Su-30 buatan Russia, HAL mempunyai kemampuan untuk memberikan sokongan yang diperlukan kepada pesawat Su-30MKM milik TUDM yang sedang berhadapan dengan isu penyelenggaraan yang rendah akibat konflik Russia-Ukraine,” menurut kenyataan itu.
(Further, being one of the largest producer of Russian origin Su-30 aircraft, HAL has capabilities to extend the required support to RMAF for Su-30 MKM fleet which is facing low serviceability issues due to ongoing Russia-Ukraine crisis)

Admin tidak pasti sama ada terdapat kebenaran di sebalik kenyataan oleh HAL bahawa pesawat-pesawat Su-30MKM milik TUDM mengalami isu/masalah “low serviceability issues” berpunca daripada konflik di antara Russia dan Ukraine.
Tetapi mungkin terdapat kemungkinannya kerana Amerika Syarikat dan negara-negara Barat telah mengenakan sekatan ekonomi yang ketat terhadap industri pertahanan Russia dan syarikat-syarikat negara itu.
Negara pengguna sistem persenjataan buatan Russia sememangnya dijangkakan akan berhadapan dengan kesukaran mendapatkan bekalan alatganti daripada negara itu selepas sekatan ekonomi terhadap Moscow diperketatkan.
Comments are closed.