Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TLDM Bubar Pasukan Pertahanan Udara, Serahkan “Starstreak” Pada Tentera Darat

Pembubaran itu adalah seiring dengan kesesuaian keperluan operasi semasa, dengan Pasukan Pertahanan Udara TLDM telah melaksanakan penyerahan sistem pertahanan udara Starstreak kepada Tentera Darat sekitar April lepas.

0 16,332

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah bertindak membubarkan unit Pasukan Pertahanan Udara TLDM, selepas enam tahun beroperasi.

Pembubaran itu adalah seiring dengan kesesuaian keperluan operasi semasa, dengan Pasukan Pertahanan Udara TLDM telah melaksanakan penyerahan sistem pertahanan udara Starstreak kepada Tentera Darat sekitar April lepas.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan oleh Markas Pemerintahan Armada Timur menerusi akaun media sosialnya semalam.

Starstreak
Anggota ATM dengan sistem Starstreak VSHORAD

 

Kenyataan itu menyebut: “Acara terakhir pada hari ini adalah pembubaran unit Pasukan Pertahanan Udara TLDM.

“Pasukan ini telah dibubarkan daripada perkhidmatan TLDM setelah enam tahun pengoperasian seiring dengan kesesuaian keperluan operasi semasa.

Terdahulu, PPU TLDM telah melaksanakan penyerahan aset miliknya, iaitu Sistem Persenjataan Misil Starstreak kepada Tentera Darat Malaysia sekitar April lalu.

Simbolik pembubaran, Panglima Armada Timur telah menurunkan insignia pemerintahan daripada Pegawai Memerintah PPU yang terakhir, Leftenan Komander Johari bin Mat Yusof TLDM,” menurut kenyataan dalam media sosial  itu.

Alasan yang diberikan tentang pembubaran itu adalah “keperluan operasi semasa” tanpa memperincikannya.

Starstreak

Dengan ini sistem pertahanan udara jarak dekat Starstreak itu kini hanya digunakan oleh Tentera Darat menerusi Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Angkatan Tentera Malaysia dipercayai menggunakan sistem itu di dalam beberapa kaedah kaedah iaitu New Generation-Lightweight Multiple Launcher atau turret Rapid Ranger atau secara man-portable.

Sistem Starstreak ini dibangunkan oleh syarikat Thales Air Defence di kemudahan mereka yang terletak di Belfast, Ireland Utara.

Starstreak
Rapid Ranger

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sistem pertahanan udara ini mampu membedil sasaran sejauh 7km dengan peluru berpandunya mampu meluncur pada kelajuan lebih daripada Mach 4, sekaligus menjadikan ia antara sistem peluru berpandu anti-pesawat paling laju di dunia.

Memandangkan ia menggunkan sistem panduan SACLOS (Semi-Automatic Command Line of Sight) maka ia tidak mampu diganggu oleh sistem infrared countermeasures atau diganggu oleh peluru berpandu anti-radar.

Selain Malaysia, beberapa negara lain di rantau ini turut menggunakan sistem pertahanan udara jarak dekat Starstreak iaitu Indonesia dan Thailand. — DSA

 

Comments
Loading...