Sewaan Empat AW139 Langkah Sementara Sebelum TUDM Perolehi 24 Helikopter Baru
TUDM dalam posting dalam media sosialnya baru-baru ini, helikopter AW 139 ini akan beroperasi di bawah kendalian No. 3 Skuadron yang sebelum ini merupakan skuadron yang mengoperasikan pesawat helikopter Nuri.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tindakan TUDM menyewa empat buah helikopter Leonardo AW 139 daripada sebuah syarikat swasta merupakan langkah sementara sebelum angkatan itu memperolehi 24 helikopter baru bagi menggantikan helikopter S-61 “Nuri” yang telah dibersarakan di atas faktor usia.
Menurut TUDM dalam posting dalam media sosialnya baru-baru ini, helikopter AW 139 ini akan beroperasi di bawah kendalian No. 3 Skuadron yang sebelum ini merupakan skuadron yang mengoperasikan pesawat helikopter Nuri.
Helikopter itu disewa daripada syarikat Westar Aviation Services Sdn Bhd mengguna konsep GOCOM (Government Operate Company Own and Maintain).

Kontrak sewaan helikopter ini adalah sebahagian daripada perancangan TUDM melalui pelan strategiknya, Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM atau RMAF Capability Development Plan 2055 (RMAF CAP55) serta digariskan dalam RMK-13 (2026-2030) bagi menggantikan operasi helikopter Nuri.
Ia merupakan kaedah jangka pendek yang dilaksanakan secara sewaan (leasing).
TUDM dijangka melakukan perolehan 24 buah helikopter baru bermula pada Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) pada tahun 2026-2030 sehingga RMK-14 bermula pada tahun 2031 hingga 2035.

24 buah helikopter baru untuk menggantikan helikopter Nuri itu akan diperolehi dalam dua peringkat, dengan 12 buah pada RMK-13 manakala 12 buah selebihnya diperolehi pada RMK14.
TUDM memerlukan sebanyak 36 buah helikopter, dengan 12 buah keperluan itu telah pun dipenuhi menerusi penggunaan helikopter EC-725 pada ketika ini.
Pada masa ini, sebanyak tiga buah helikopter AW 139 telah diterima untuk sewaan manakala sebuah helikopter lagi dijadualkan akan diterima pada bulan Mei 2022.
Helikopter Airbus H225M (EC 725) milik Tentera Udara Diraja Malaysia.
Comments are closed.