Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Belanja RM22 Bilion Jadikan F-15J Lebih Berbisa Dengan JASSM

Kementerian Pertahanan Jepun mengesahkan bahawa pesawat-pesawat satu tempat duduk F-15J Tentera Udara Jepun yang dinaiktaraf itu juga akan dilengkapkan dengan peluru berpandu AGM-158 Joint Air-to-Surface Standoff Missile, atau JASSM bagi menjadikannya lebih berbisa.

0 3,588

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jepun bakal membelanjakan US$5.6 bilion (RM22.4 bilion) untuk untuk menaiktaraf 68 buah pesawat pejuang F-15J miliknya kepada varian “Super Interceptors” menerusi peningkatan keupayaan daripada segi radar, peperangan elektronik serta sistem persenjataannya.

Kementerian Pertahanan Jepun mengesahkan bahawa pesawat-pesawat satu tempat duduk F-15J Tentera Udara Jepun yang dinaiktaraf itu juga akan dilengkapkan dengan peluru berpandu AGM-158 Joint Air-to-Surface Standoff Missile, atau JASSM bagi menjadikannya lebih berbisa.

Peluru berpandu JASSM yang dibangunkan oleh firma pertahanan, Lockheed Martin itu mempunyai tiga varian terdiri daripada standard yang berkeupayaan membedil sasaran sejauh 370km kepada JASSM-ER (900km) dan JASSM-XR (1,900km).

JASSM
JASSM

 

Ia bakal memberikan pesawat-pesawat F-15J Jepun itu kemampuan strategik dalam menangani sebarang ancaman di rantau Pasifik.

Selain 68 buah pesawat F-15J yang bakal menikmati kerja-kerja menaiktaraf, negara Matahari Terbit itu juga masih memiliki 34 buah pesawat F-15DJ yang merupakan varian dua tempat duduk.

Kementerian Pertahanan Jepun masih belum memutuskan sama ada pesawat-pesawat ini akan menjalani kerja-kerja menaiktaraf.

F-15J
Pesawat F-15J Jepun

 

Jepun juga masih memiliki 99 buah pesawat F-15 yang telah uzur dan tidak boleh menjalani kerja-kerja menaiktaraf dan hanya menunggu masa untuk digantikan dengan pesawat-pesawat F-35 yang diperolehinya daripada Amerika Syarikat.

Negara itu mempunyai perancangan untuk mendapatkan 157 buah pesawat pejuang F-35 terdiri daripada 105 varian konvensional F-35A dan 42 buah varian F-35B (short take off and vertical landing – STOVL).

Kementerian Pertahanan Jepun mengatakan kesemua kerja-kerja menaiktaraf pesawat F-15J itu akan dilakukan di dalam negara.

LRASM
LRASM

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Antara peralatan baru yang akan diperlengkapkan pada pesawat-pesawat F-15 Jepun itu termasuklah radar AESA (Active Electronically Scanned Array Radar) Raytheon AN/APG-82(V) dan ALQ-239 Digital Electronic Warfare System (DEWS) oleh BAE Systems, mission computers dan radio.

Pada mulanya, pesawat F-15J yang dinaiktaraf itu juga bakal dilengkapkan dengan peluru berpandu Long-Range Anti Ship Missile (LRASM) tetapi ianya digugurkan kerana kos yang terlalu tinggi.

Jepun dijangka akan terus menggunakan pesawat-pesawat F-15 yang dinaiktaraf itu sehingga tahun 2045. — DSA

 

 

Comments
Loading...