Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Tidak Izin Kapal Rusia Berlabuh Di Pelabuhan Kuala Linggi”

Lady M yang disenaraikan dalam dokumen Perbendaharaan AS memperincikan sekatan ke atas entiti Rusia, dijadualkan tiba di pelabuhan itu hujung minggu ini, menurut laporan Reuters semalam yang memetik data perkapalan.

0 5,351

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pengendali Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) menolak hasrat sebuah kapal membawa bekalan minyak mentah dari Russia yang kini dalam pelayaran ke Malaysia untuk berlabuh di pelabuhan itu.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan menolak hasrat kapal itu yang dijangka berlabuh pada Sabtu ini dibuat supaya tidak melanggar sebarang sekatan antarabangsa seperti yang menjadi prerogatif KLIP.

“Memetik laporan media, kapal yang didaftarkan dengan nama Linda atau dikenali sebagai Lady M ini didakwa turut disenaraikan dalam sekatan antarabangsa.

“MOT akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa untuk tindakan susulan yang mungkin diambil bersandarkan kepada dasar kerajaan,” kata kenyataan itu

Lady M yang disenaraikan dalam dokumen Perbendaharaan AS memperincikan sekatan ke atas entiti Rusia, dijadualkan tiba di pelabuhan itu hujung minggu ini, menurut laporan Reuters semalam yang memetik data perkapalan.

Linda

Menurut AS, Lady M dimiliki PSB Leasing, sebuah unit pemberi pinjaman Rusia, Promsvyazbank, yang turut dikenakan sekatan antarabangsa.

Provsyazbank bagaimanapun menafikan anak syarikatnya memiliki kapal itu.

Sebuah kumpulan advokasi AS berkata, Lady M turut disyaki membawa minyak Iran.

Semakin banyak negara menggesa sekatan terhadap Russia ditambah sementara Ukraine mendakwa tindakan lebih agresif diperlukan bagi menghentikan pencerobohan Russia.

Negara Barat sudah mengenakan sekatan ekonomi dan kewangan selain menyekat pergerakan individu tertentu sejak negara itu menyerang Ukraine Khamis lalu.

Linda

Langkah berkenaan bertujuan melumpuhkan ekonomi Russia dan menghukum pemerintahnya kerana mengambil tindakan ketenteraan secara agresif dengan melanggar undang-undang antarabangsa.

Kesatuan Eropah (EU), Britain, Amerika Syarikat (AS) dan sekutu mereka sudah meningkatkan sekatan terhadap Russia sejak Ukraine diserang enam hari lalu.

Antara langkah itu termasuk mengeluarkan bank Russia tertentu daripada sistem mesej SWIFT sekali gus memutuskan mereka daripada sistem kewangan antarabangsa dan menjejaskan keupayaan mereka beroperasi pada peringkat global.

Larangan terhadap SWIFT akan melewatkan bayaran bagi eksport minyak dan gas yang diperoleh Russia.

Namun, Russia boleh mendapat bayaran melalui sistem lain, contohnya, Sistem Bayaran Antara Bank Rentas Sempadan China.

Linda

Negara Barat juga membekukan aset bank pusat Russia untuk mengehadkan akses simpanan di luar negara dan jualan kerakyatan melalui ‘pasport emas’ yang membolehkan orang kaya Russia menjadi rakyat negara lain.

Mereka, antara lain, turut melancarkan pasukan bertindak transatlantik untuk mengenal pasti dan membekukan aset individu serta syarikat dari Russia yang dikenakan sekatan.

Kedua-dua Britain dan EU berkata mereka merancang mengenakan sekatan ke atas Presiden Russia, Vladimir Putin dan Menteri Ehwal Luar, Sergei Lavrov.

linda
Presiden Russia Vladimir Putin (kanan) dan Presiden Ukraine Volodymr Zelensky (kiri)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Britain juga, antara lain, mengumumkan semua bank utama Russia akan menyaksikan aset mereka dibekukan dan dikecualikan daripada sistem kewangan Britain.

Sementara itu, negara EU mengenakan sekatan seperti menyasar 70 peratus pasaran perbankan Russia dan firma utama dimiliki negara itu, termasuk firma pertahanan.

Presiden AS, Joe Biden, mengumumkan langkah terhadap siri bank dan individu, sambil menambah bahawa AS dan sekutu akan menghentikan lebih separuh import barangan teknologi tinggi Russia untuk menghentikan negara itu membangunkan keupayaan pertahanannya.

Pembekuan aset bank pusat Russia akan mengehadkan keupayaannya mengakses simpanannya di luar negara. — DSA

 

 

 

Comments
Loading...