Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kalau Tidak Mampu Beli F-35, China Tawar Pesawat Gen-5 “FC-31”

FC-31 yang dibangunkan oleh Shenyang Aircraft Corporation (SAC) adalah pesawat pejuang generasi kelima satu tempat duduk, dua enjin, pesawat pejuang bersaiz-sederhana (medium-sized fighter jet) dengan kemampuan halimunan yang ampuh serta kos yang kompetitif.

0 15,360

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bagi negara-negara yang “kantungnya nipis” tetapi mahu memperolehi pesawat pejuang generasi kelima yang terkini, mereka boleh menimbangkan pesawat “FC-31” yang dibangunkan oleh syarikat China, Shenyang Aircraft Corporation.

Dan kerajaan China semamangnya mahu mempromosi pesawat F-31 untuk pasaran eksport dan telah mewujudkan sebuah pejabat khas bertujuan menarik pelanggan luar berpotensi untuk memperolehi pesawat yang turut dinamakan “Gyrfalcon” dan “J-21.”

Pesawat FC-31 yang turut membuat kemunculannya pada Zhuhai Air Show adalah pesawat generasi kelima kedua China selepas J-20 “Mighty Dragon” yang kini sedang beroperasi dengan Tentera Udara China.

FC-31 adalah pesawat pejuang generasi kelima satu tempat duduk, dua enjin, pesawat pejuang bersaiz-sederhana (medium-sized fighter jet) dengan kemampuan halimunan yang ampuh serta kos yang kompetitif.

Laporan media menyatakan bahawa pesawat pejuang FC-31 bakal berkhidmat dengan kapal-kapal pengangkut negara itu dan usaha-usaha sedang dilakukan ke arah itu.

FC-31
“FC-31”

 

Kerajaan China menyifatkan pasaran bagi pesawat generasi kelima masih luas dan menganggap F-35 Joint Strike Fighter serta Su-75 sebagai pesaing utama kepada FC-31 keluaran syarikat aeroangkasa mereka itu.

Sementara pesawat J-20 “Mighty Dragon” (bukan untuk pasaran eksport) itu diterima oleh Tentera Udara China sebagai pesawat generasi kelima rasmi mereka, pesawat FC-31 pula adalah usaha bersendirian oleh syarikat Shenyang Aircraft Corporation untuk pasaran eksport, walaupun ia juga akan digunakan oleh tentera mereka.

Sememangnya pasaran utama pesawat FC-31 adalah khusus untuk pasaran eksport.

Menurut portal Global Times yang diketahui mempunyai kaitan rapat dengan Parti Komunis negara itu, pesawat generasi kelima FC-31 memiliki beberapa kelebihan termasuk penggunaan teknologi tinggi, harga yang berpatutan, tiada sekatan politik dan penyelenggaran yang menyeluruh.

FC-31
Perbandingan antara Su-75 (Russia), FC-31 (China), F-35 (Amerika) dan KF-21 (Korea Selatan)

 

Sekatan politik itu berkemungkan merujuk kepada negara-negara berkecuali atau yang condong kepada Barat yang berminat membeli F-35 tetapi tidak “menepati ciri-ciri yang ditetapkan” oleh Washington untuk membeli pesawat halimunan buatan Lockheed Martin itu.

Untuk negara-negara seperti ini atau negara yang sebagaimana admin katakan “kantungnya nipis”, mereka kini mempunyai pilihan sebuah lagi pesawat pejuang generasi kelima iaitu FC-31 yang dibangunkan oleh sebuah syarikat aeroangkasa China.

FC-31
FC-31

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Setakat ini, CAATSA hanya dikenakan terhadap pembelian sistem pertahanan Russia dan tidak China, maka ia memberikan kelebihan kepada syarikat pertahanan China berbanding Russia.

Pejabat yang khusus untuk mempromosi pesawat FC-31 kepada pelanggan luar itu akan bekerjasama dengan agensi-agensi aeroangkasa China yang lain seperti China National Aero-Technology Import and Export Corporation (CATIC).

Pembuat FC-31 iaitu Shenyang Aircraft Corporation merupakan syarikat dibawah Aviation Industry Corporation of China (AVIC). — DSA

FC-31
FC-31

 

Comments
Loading...