Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Su-30MKM TUDM Ditawar Naik Taraf Ke Varian “Super Sukhoi”

Varian pesawat pejuang Su-30SM2 atau "Super Sukhoi" dikatakan lebih berkemampuan dan berkeupayaan kerana ia dikatakan dilengkapi dengan radar AESA (Active Electronically Scanned Array) dan enjin "AL-41F1" dengan kuasa tujahan yang lebih berkuasa. Apakah TUDM berminat?

0 22,022

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia dilaporkan telah menawarkan pakej menaiktaraf 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada varian Su-30SM2 yang dikatakan lebih berkeupayaan dan lebih “berbisa.”

Menurut portal aeroangkasa ainonline.com,  Malaysia sememangnya diketahui mahu menaiktaraf pesawat pejuang Su-30MKM “heavyweight fighter” miliknya supaya ia lebih berkeupayaan dan dilengkapi dengan teknologi terkini bagi memastikan ia terus berkhidmat sehingga tahun 2040.

Pesawat Su-30MKM negara kini berusia kira-kira 20 tahun.

Malaysia menandatangani kontrak dengan Russia pada 2003 untuk memperolehi 18 buah pesawat Su-30MKM dengan pesawat pertama diserahkan kepada TUDM pada 2007.

Dengan pengenalan varian Sukhoi Su-30SM2 di mana empat buah daripadanya telah pun diserahkan kepada Tentera Udara Russia manakala 21 buah lagi sedang menjalani kerja-kerja menaiktaraf di kilang milik United Aircraft Corp (UAC) di Irkutsk, Moscow berharap ia dapat mempengaruhi Malaysia untuk berbuat benda yang sama.

Su-30MKM
Pesawat Sukhoi Su-30MKM di Pangkalan Udara Labuan tahun lepas.

 

Jadi apa sebenarnya yang menjadikan varian pesawat pejuang Sukhoi Su-30SM2 lebih berkeupayaan dan lebih berbahaya berbanding varian Sukhoi Su-30 sebagaimana yang dimiliki oleh TUDM?

Menurut portal terbabit, pesawat pejuang Sukhoi Su-30SM2 itu dilengkapi dengan enjin AL-41F1 yang lebih berkuasa berbanding enjin sebelumnya iaitu AL-31FP yang digunakan oleh pesawat Su-30MKM milik TUDM itu.

Selain memberikan kuasa tujahan (thrust) yang 16 peratus lebih berkuasa berbanding kuasa tujahan enjin sebelum ini, enjin AL-41F1 yang digunakan oleh pesawat Su-30SM2 itu datang dengan kemampuan “swivel nozzle” yang membolehkan ia lebih lincah dalam aksi di udara apabila menggunakan thrust vectoring.

Su-30MKM
Pesawat Sukhoi Su-30SM2 atau “Super Sukhoi”

 

Sukhoi mendakwa, dengan kemampuan enjin yang lebih berkuasa adalah lebih mudah bagi pesawat untuk menewaskan musuh dalam aksi di udara dan mengelak peluru-peluru berpandu yang dilancarkan oleh sistem pertahanan udara pihak musuh.

Enjin AL-41F1 yang ditawarkan pelanggan bersetuju untuk menaiktarafkan Su-30 kepada Su-30SM2 adalah enjin yang sama digunakan oleh pesawat generasi kelima Russia, Su-57.

Antara kerja-kerja pengubahsuaian yang perlu dilakukan terhadap pesawat-pesawat Su-30 bagi membolehkannya dinaiktaraf ke varian Su-30SM2 adalah membesarkan ruangan “air intake” kerana pesawat memerlukan penambahan 20 peratus airflow bagi menampung penambahan kuasa tujahan enjin barunya itu.

Su-30MKM
Sukhoi Su-30SM2

 

Selain “nosecone” pesawat Su-30 juga perlu dibesarkan untuk menampung radar yang lebih besar dan lebih berkeupayaan yang digunakan oleh varian Su-30SM2 berbanding radar “Bars N011M” yang digunakan oleh pesawat Su-30.

Ok,radar apa yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan sedia ada yang menggunakan pesawat Su-30 termasuk Malaysia.

Laporan mengatakan Russia menawarkan radar AESA (Active Electronically Scanned Array) yang mampu mengesan lebih banyak sasaran pada jarak yang jauh serta highly-resistant kepada countermeasures kepada pelanggan-pelanggan yang berminat untuk menaiktaraf pesawat Su-30 kepada varian Su-30SM2.

Su-30MKM
Pesawat Su-30MKM melancarkan peluru berpandu pada Eksesais ABABIL 2021. (gambar TUDM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Radar AESA itu adalah radar yang sama digunakan oleh pesawat Su-57 Russia,membolehkannya melancarkan lebih banyak senjata dan peluru berpandu pada jarak yang lebih jauh.

Sebagaimana yang diperkatakan oleh pemerhati pertahanan, varian pesawat Su-30MKM yang digunakan oleh TUDM diiktiraf adalah lebih berkemampuan berbanding pesawat-pesawat Su-30 yang digunakan oleh tentera udara negara lain di Asia Tenggara.

Sekiranya,ia dinaiktaraf kepada varian Su-30SM2 dengan radar AESA dan enjin yang lebih berkemampuan, maka pesawat Su-30MKM TUDM sememangnya mampu menangani apa-apa cabaran dan ancaman dalam tahun-tahun yang mendatang ini. — DSA

 

Comments
Loading...