Pesawat Rafale Dan Helikopter AW139, “Mereka Membeli Kita Menyewa”
Di Jakarta, Indonesia mengesahkan bahawa ia telah membeli 42 pesawat pejuang Rafale yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation, manakala di Butterworth kita menyewa secara jangka pendek empat buah helikopter AW139 untuk digunakan oleh TUDM.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menteri Angkatan Tentera Perancis Florence Parly dalam satu tweet-nya hari ini mengesahkan bahawa negara jiran kita, Indonesia telah bersetuju untuk membeli 42 buah pesawat pejuang Rafale yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation.
Kontrak pembelian enam buah pesawat itu telah ditandatangani manakala pembelian 36 buah lagi akan menyusul.
“Ia sudah rasmi. Indonesia memesan 42 buah pesawat Rafale. (It’s official. Indonesia orders 42 Rafales),” kata Florence Parly ketika melawat Indonesia.
Menteri Pertahanan Perancis itu juga dikatakan akan singgah di Kuala Lumpur sebelum ini, tetapi nampaknya Malaysia tidak berada di dalam “senarai kepentingan” bagi Paris.
Pihak kerajaan Indonesia turut mengesahkan bahawa kontrak pembelian pesawat Rafale itu telah ditandatangani dengan Perancis.

Agensi berita nasional negara itu, ANTARA mengatakan Menteri Pertahanannya Prabowo Subianto mengesahkan bahawa perjanjian adalah untuk enam pesawat dengan pembelian akan disusuli dengan 36 buah pesawat.
Hari ini, sudah semestinya adalah hari yang amat menggembirakan bagi angkatan tentera Indonesia dan tentera udaranya.
Sementara itu, di Butterworth hari ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berada Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menghadiri Program Pengenalan Helikopter AW139.

Kementerian Pertahanan menyewa secara jangkapendek empat buah helikopter AW139, sementara ia mencari pengganti bagi helikopter Sikorsky S-61 “Nuri” yang telah ditamatkan perkhidmatan oleh TUDM.
Suasana di Jakarta dan Butterworth adalah amat contrast bagi kedua-dua angkatan tentera Indonesia dan Malaysia.
Comments are closed.