Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jordan Bakal Belanja RM16.8 Bilion Untuk Beli 16 Buah F-16C/D Block 70

Menurut Jabatan Negara, penjualan 16 buah pesawat F-16C/D Block 70 itu akan membantu dalam usaha memodenkan Tentera Udara Jordan dan memastikan angkatan tenteranya dapat terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat memerangi kumpulan-kumpulan pengganas dan ektremis.

0 1,465

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jordan bakal membelanjakan sejumlah US$4.2 bilion (RM16.8 bilion) untuk memperolehi 16 buah pesawat pejuang F-16C/D Block 70/72 bersama-sama kelengkapannya yang lain.

Pesawat F-16C/D Block 70/72 merupakan varian pesawat itu yang paling terkini dan paling moden.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat, pakej pembelian pesawat pejuang Jordan itu turut meliputi 21 buah enjin F100 sama ada dibuat oleh General Electric atau Pratt and Whitney, dengan lima daripada enjin itu dijadikan enjin spare.

Jordan yang merupakan sekutu kuat Washington di Timur Tengah itu turut membeli enam buah “Sniper” Advanced Targeting Pod serta pelbagai kit untuk Joint Direct Attack Munitions (JDAM) dan lain-lain peralatan.

Menurut Jabatan Negara, penjualan pesawat pejuang itu akan membantu dalam usaha memodenkan Tentera Udara Jordan dan memastikan angkatan tenteranya dapat terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat memerangi kumpulan-kumpulan pengganas dan ektremis.

F-16

Pesawat pejuang F-16C/D Block 70 merupakan pesawat F-16 termaju dan dilengkapi dengan pelbagai sistem terkini termasuk radar APG-83 AESA (Active Electronically Scanned Array) yang setanding dengan radar yang digunakan oleh pesawat generasi kelima, F-22 Raptor dan F-35.

Ia juga dilengkapkan sistem peperangan elektronik dipanggil “Viper Shield”, selain memiliki conformal tanks.

Varian pesawat F-16 terbaru yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin ini mempunyai jangka hayat melebihi tahun 2060.

F-16

Tentera Udara Jordan mengoperasi sejumlah 64 buah pesawat pejuang F-16A/B pada ketika ini.

Dalam masa yang sama, Jabatan Negara Amerika Syarikat turut mengumumkan penjualan kepada Emiriah Arab Bersatu alatan dan komponen bagi sistem pertahanan udara yang digunakan oleh negara Teluk itu.

Penjualan alatan dan komponen sistem pertahanan udara UAE itu berlaku kira-kira seminggu selepas sistem THAAD (Terminal High Altitude Area Defense –THAAD) negara itu menembak jatuh peluru berpandu ballistik dilancarkan oleh kumpulan militan Houthi di Yaman terhadap Abu Dhabi pada 17 Januari lepas.

THAAD
THAAD (Terminal High Altitude Area Defense –THAAD)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Sistem THAAD yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin itu berjaya menembak jatuh peluru berpandu ballistik Houthi yang menyasarkan kemudahan minyak dan gas milik UAE yang terletak berhampiran dengan Pangkalan Udara Al-Dhafra.

Pangkalan Udara Al-Dhafra menempatkan anggota tentera Amerika Syarikat dan Perancis.

— DSA

THAAD

 

Comments
Loading...