Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Misi Jeanne D’Arc 2021” Tentera Laut Perancis Ke Laut China Selatan

0 595

DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 18 Februari yang lalu, “Amphibious Ready Group” (ARG) Tentera Laut Perancis memulakan pelayaran daripada Toulon ke kawasan Indo-Pasifik termasuk Laut China Selatan bagi “Misi Jeanne D’Arc 2021”.

Amphibious Ready Group (ARG) Tentera Laut Perancis itu terdiri daripada kapal, Landing Helicopter Dock (LHD) kelas-Mistral “Tonnerre” dan kapal friget kelas La-Fayette “Surcouf”  ke Indo-Pasifik termasuk ke Laut China Selatan.

Surcouf
Kapal friget kelas-La Fayette “Surcouf” Tentera Laut Perancis.

“Misi Jeanne D’Arc 2021” akan singgah di Laut China Selatan sebanyak dua kali sepanjang pelayarannya.

Bermula daripada Toulon di Perancis, misi dua buah kapal tentera laut Perancis ini akan membawa mereka ke perairan Mediterranean, Laut Merah, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Selain transit sebanyak dua kali di Laut China Selatan, kedua-dua buah kapal perang Perancis ini dijadualkan singgah di Mesir, Djibouti, India,Indonesia, Vietnam, Jepun, Singapore, Malaysia dan Sri Lanka.

Charles de Gaulle
Kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Perancis, “Charles de Gaulle.”

Ya, kedua-dua buah kapal ini bakal singgah di Malaysia. Peluang bagi peminat-peminat kapal untuk melihat dengan dekat kapal-kapal tentera laut Perancis berlabuh di Malaysia. Sudah lama jugak mana-mana kapal perang asing singgah di Malaysia.

Kedua-dua buah kapal perang ini akan kembali ke Toulon pada 14 Julai 2021 untuk sambutan Hari Bastille.

Apa yang menarik dengan “Misi Jeanne D’Arc 2021” tentera laut Perancis ini akan turut disertai oleh seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Lt Dya Muhammad Syazwan Samsuddin yang kini telah berada di Perancis sejak 19 Januari lepas.

Anggota TLDM itu adalah salah seorang daripada lima peserta antarabangsa dalam misi itu selain Ethiopia, Indonesia, Maghribi dan Mesir.

Muhammad Syazwan akan mula menyertai misi di atas kapal LHD Tonnerre pada awal Mac. Ketika ini beliau sedang menjalani latihan di Ecole Navale, iaitu pusat latihan tentera laut Perancis sebelum menyertai “Misi Jeanne D’Arc 2021.”

Objektif utama misi ini adalah untuk memberi pendedahan tentang operasi di laut kepada peganwai muda tentera laut Perancis sebagai persediaan untuk tugasan selepas misi.

Sementara itu tentera laut Perancis turut mengumumkan bahawa kapal pengangkut pesawatnya “Charles de Gaulle” dan kapal-kapal pengiringnya akan terlibat dalam “Mission Clemenceau 21” yang bakal diadakan dalam tiga peringkat.

Ia akan membawa Charles de Gaulle dan kapal-kapal pengiringnya termasuk destroyer Chevalier Paul, friget FREMM Provence, kapal selam kelas-Rubis dan kapal bekalan Var ke perairan Libya, Laut Timur Mediterranean, Laut Merah, Lautan Hindi dan Teluk Parsi.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...