The news is by your side.

UAE Pesan 2 Buah Lagi Pesawat Pengintip “GlobalEye”, Keseluruhan Miliki 5 Buah

1

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Emiriah Arab Bersatu (UAE) memesan dua lagi buah pesawat pengintip “GlobalEye” daripada syarikat pembuatnya, Saab daripada Sweden, menjadikan bilangan keseluruhan pesawat pengintip itu yang dioperasi oleh UAE sebanyak lima buah.

UAE dijangka membelanjakan kira-kira US$1 billion untuk mendapatkan dua buah lagi pesawat pengintip “GlobalEye” Airborne Early Warning and Control (AEW&C) daripada Saab.

Saab GlobalEye
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ketika ini telah pun memulakan tiga buah pesawat pengintip “GlobalEye”.

Pada ketika ini, UAE telah pun menerima tiga buah pesawat pengintip “GlobalEye” dengan negara Timur Tengah itu baru sahaja menerima pesawat ketiganya baru-baru ini.

UAE menandatangani perjanjian pembelian tiga buah pesawat pengintip “GlobalEye” dengan syarikat Saab pada 2015. Pesawat pengintip “GlobalEye” itu menggunakan pesawat Bombardier Global 6000 Business Jet dan dilengkapi dengan radar jarak jauh “Erieye” yang dibangunkan oleh syarikat Saab dan beberapa sensor dan peralatan yang lain.

Saab GlobalEye
Pesawat pengintip “GlobalEye”.

Saab menjangkakan ia mampu membekalkan dua pesawat pengintip tambahan “GlobalEye” kepada UAE pada tahun 2025.

UAE menerima dua pesawat pengintip “GlobalEye” pada 2020 dan yang ketiga baru-baru ini.

Negara Timur Tengah itu merupakan launch customer kepada pesawat pengintip “GlobalEye” buatan syarikat Saab.

Pesawat pengintip “GlobalEye” yang memiliki dua enjin berkemampuan terbang selama 11 jam, manakala radar extended-range “Erieye” itu mampu mengesan sasaran di darat dan maritim yang saiznya sekecil bot peribadi.

Selain itu, pesawat pengintip itu turut dilengkapi dengan Leonardo “Seaspray” 7500E Maritime Surveillance Radar dan Electro-Optical Infra Red (EOIR) sensor, kemudahan SATCOM serta kemampuan Electronic Intelligence (ELINT).

Pesawat pengintip “GlobalEye” ini boleh digunakan untuk darat dan lautan, memberikan angkatan tentera kemampuan “Eye In The Sky” yang kritikal bagi menangani apa-apa sahaja ancaman.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Leave A Reply

Your email address will not be published.