Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

24 Butir Bom Tangan Ditemui Dalam Kotak Di Tapak Pembuangan Sampah

0 1,171

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Seorang pemandu lori sampah menemui sebanyak 24 butir bom tangan bagi kegunaan latihan dalam kotak di tapak pembuangan sampah di Felda Kerteh 3, Ketengah Jaya di sini, semalam.

Pemandu lori sampah berusia 35 tahun itu menemui bahan letupan itu ketika menjalankan kerja-kerja pembuangan sampah, kira-kira jam 4 petang.

Bom Tangan
Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pemandu itu yang curiga kemudian memeriksa kotak terbabit dan terkejut melihat objek seperti bom sebelum segera beredar.

“Bagaimanapun, dia yang bimbang kejadian buruk berlaku pergi semula ke lokasi berkenaan kira-kira 10 malam, hari sama bersama empat rakan selain memaklumkan penemuan itu kepada Ketua Pengerusi Belia kawasan dan polis. Sebaik dimaklumkan penemuan pada 11.30 malam, sepasukan anggota Bahagian Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun bergegas ke lokasi dan pemeriksaan lanjut menemukan 24 objek menyerupai bom tangan.

Bom Tangan
Gambar Hiasan

“Siasatan mendapati ia seperti bom tangan biasa digunakan untuk latihan, kebiasaannya bagi bagi latihan asap oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU),” katanya di sini, hari ini.

Baharudin berkata, siasatan turut mendapati kesemua objek itu tidak memiliki nombor siri dan tiada kecacatan selain belum digunakan.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...