Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Militan Syiah Lancar Serangan Roket Terhadap Pangkalan Tentera Amerika Di Utara Iraq

0 627

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kumpulan militant pro-Iran telah melancarkan serangan roket terhadap pangkalan tentera Amerika Syarikat di Erbil, utara Iraq, menyebabkan seorang kontraktor warga asing maut dan lapan yang lain termasuk rakyat Amerika cedera.

Ia dikatakan adalah serangan terburuk terhadap kemudahan tentera Amerika di Timur Tengah kebelakangan ini.

(Rakaman kejadian serangan roket oleh militan pro-Iran)

Serangan roket terhadap pangkalan tentera Amerika Syarikat di Erbil yang terletak di dalam wilayah semi-autonomi Kurdistan itu didakwa dilancarkan oleh satu kumpulan Syiah yang dinamakan Awliyaa al-Dam, yang pro kepada rejim Iran.

Di Iran banyak kumpulan-kumpulan militant kecil Syiah muncul sejak beberapa tahun ini, dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan-kumpulan Syiah pro-Iran yang besar iaitu, Kataib Hezbollah dan Asaib Ahl al-Haq yang dipercayai menerima latihan dan kelengkapan tentera daripada Kor Pengawal Revolusi Iran.

erbil
Roket-roket yang dilancarkan oleh militan Syiah di Erbil tetapi gagal meletup. (gambar kredit Erbil Life)

Iran menggunakan kumpulan-kumpulan militant Syiah sama ada di Iraq, Syria dan Lubnan untuk menyerang kedudukan tentera Amerika Syarikat.

Semalam jet-jet pejuang Israel melakukan serangan udara terhadap pusat-pusat penyimpanan peluru berpandu milik kumpulan-kumpulan militant pro-Iran di Syria yang didokong oleh Kor Pengawal Revolusi Iran.

Pusat-pusat simpanan peluru berpandu itu itu terletak di sebuah kawasan bernama al-Kiswah yang terletak di selatan Damsyik dan sememangnya dikenali sebagai kubu kuat bagi kumpulan-kumpulan militant pro-Iran.

Pangkalan tentera Amerika Syarikat yang menjadi sasaran serangan roket itu terletak di luar lapangan terbang Erbil.

Erbil juga adalah ibu negara kepada wilayah semi-autonomi Kurdistan.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Anthony Blinken dalam satu kenyataan berkata ia mengecam sekeras-kerasnya serangan itu dan berjanji akan menghukum mereka yang bertanggungjawab dalam serangan itu.

Laporan awal mengatakan serangan itu mengorbankan seorang kontraktor awam dan mencederakan beberapa tentera sekutu termasuk daripada Amerika Syarikat.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...