Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Pakistan Uji Peluru Berpandu “HATF-7 Babur” Mampu Bawa Peledak Nuklear

0 245

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Pakistan telah melancarkan ujian pelancaran peluru berpandu kruis “HATF-7 Babur” yang direkabentuk untuk membedil sasaran darat dan laut dari jarak sejauh 450-700 kilometer.

Tentera Pakistan memperkenalkan peluru berpandu “Babur” pada 2005.

 

Dalam satu kenyataan, tentera Pakistan menyatakan peluru berpandu kruis itu dilancarkan daripada “Multi Tube Missile Launch System.”

Ia juga berkata peluru berpandu kruis yang telah menjalani beberapa siri naik taraf bagi membolehkan ia membedil sasaran dengan tepat. Pakistan sentiasa melakukan ujian pelancaran peluru berpandu sebagai amaran kepada negara jiran terutamanya India tentang kemampuan angkatan tenteranya.

Babur

Islamabad dan New Delhi sebagaimana yang kita ketahui tidak memiliki hubungan yang baik sejak sekian lama atas beberapa isu seperti Kashmir dan lain-lain.

Kedua-dua negara memiliki senjata nuklear dan telah berperang sebanyak tiga kali, dua daripada disebabkan isu Kashmir.

Pakistan dipercayai membangunkan program peluru berpandu HATF-7 Babur sebagai respons terhadap pembangunan sistem peluru berpandu yang sama daripada India.

Peluru berpandu kruis milik Pakistan ini mampu membawa peledak konvensional sebanyak 450kg.

Ia juga mampu membawa peledak nuklear dengan kekuatan antara 10 hingga 35 kiloton.

Babur
Peluru berpandu kruis “HATF-7 Babur.”

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...