Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] China Tidak Bimbang Kehadiran Dua Kapal Pengangkut Pesawat AS Di Laut China Selatan

0 541

(DEFENCE SECURITY ASIA) – China tidak bimbang dengan kehadiran dua buah kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Nimitz dan USS Theodore Roosevelt dan berkata ia tidak membawa apa-apa makna daripada segi ketenteraan terhadapnya.

Pakar ketenteraaan China berkata, Washington tahu tentang kemampuan yang dimiliki oleh peluru berpandu balistik anti-kapal tentera China.

“Amerika Syarikat tahu mengenai kemampuan peluru berpandu balistik anti kapal China dipanggil “aircraft carrier killer” yang boleh membedil mana-mana sasaran di seluruh Laut China Selatan.”

“Dalam apa-apa konflik, kapal-kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat perlu menjauhkan diri daripada rantau ini supaya mereka tidak termasuk di dalam kawasan jarak effektif peluru berpandu balistik anti kapal ini,” kata penasihat kanan kepada China Arms Control and Disarmament Association Xu Guangyu sambil menambah bahawa kedua-dua negara diyakini tidak akan terlibat dalam peperangan sesama sendiri.

USS Nimitz
Gambar yang dikeluarkan oleh pihak tentera Amerika Syarikat tentang latihan dua buah kapal pengangkut pesawat, USS Nimitz dan USS Theodore Roosevelt di Laut China Selatan baru-baru ini.

“Aircraft carrier killer” itu merujuk kepada peluru berpandu balistik anti kapal DF-26 dan DF-21D yang memiliki jarak di antara 1,500km dan 2,500km.

China melancarkan kedua-dua peluru berpandu balistik anti kapal itu sejurus selepas kapal-kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat melakukan latihan di Laut China Selatan.

USS Nimitz dan USS Ronald Reagan mengadakan latihan bersama di Laut China Selatan pada Julai tahun lepas.

Sejurus selepas latihan itu, China telah melancarkan peluru-peluru berpandu balistik anti-kapal ke Laut China Selatan, sekaligus membuktikan kemampuan China untuk membedil apa-apa sasaran maritime di keseluruhan perairan itu yang dituntut sebagai miliknya.

Sementara itu jurucakap Kementerian Luar China Wang Wengbin ketika mengulas latihan dua buah kapal pengangkut pesawat Amerika di Laut China Selatan berkata, China akan mengambil langkah-langkah berpatutan untuk memelihara kedaulatannya dan keselamatannya.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...