Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Polis Johor Nafi Mesej Tular Akan Gempur Kampung Gagal Patuhi SOP COVID-19

0 108

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mesej tular aplikasi WhatsApp mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mula menggempur kawasan kampung di negeri Johor yang didakwa gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 adalah tidak benar.

Menurut Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mesej tular itu bukan dari PDRM tetapi disebarkan oleh pihak tertentu.

covid

“Notis yang tular itu bukan daripada PDRM dan ia adalah tidak benar.

“Apa yang pasti, polis Johor akan menggempur semua kawasan tidak kira kampung, kilang-kilang serta penempatan warga asing atau bandar terutama zon merah. Kita juga akan tumpu semua kawasan bagi memastikan pematuhan SOP yang lebih ketat dalam menurunkan jumlah jangkitan wabak Covid-19 di negeri ini,” katanya sebagaimana dipetik oleh media-media tempatan di Pusat Media IPK Johor hari ini.

wassap

Dalam mesej yang tular di media sosial sejak kelmarin ia mendakwa isu tidak patuh SOP sehingga membawa kepada penularan COVID-19 didapati banyak berlaku di kampung. Hampir kesemua kes positif kini berpunca di kampung.

Polis dan tentera katanya akan mengubah trend rondaan mereka Ke kawasan kampung serta taman perumahan.

Mana-mana orang yang tidak memakai pelitup muka, berkumpul beramai-ramai di kawasan kampung, kedai runcit dan tidak patuh SOP, semuanya akan dikompaun.

Tiada lagi amaran. Tiada lagi belas ehsan. Kompaun pada semua yang tidak patuh SOP.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...