Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Guru Aerobic Menari Ketika Rampasan Kuasa Di Myanmar

0 663

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tanpa disedari, video pendek guru pendidikan jasmani Khing Hnin Wai sedang menari sambil beberapa kenderaan tentera Myanmar kelihatan sedang menuju ke Parlimen negara itu di Naypidaw untuk merampas kuasa untuk menumbangkan kerajaan demokratik negara itu.

Video yang telah viral ke itu menyebabkan Khing terkenal di seluruh dunia, menjadikan guru muda itu simbol kepada episode malang yang menimpa negara Asia Tenggara itu.

 

(Khing terus menari tanpa menyedari anggota tentera Myanmar sedang melakukan rampasan kuasa)

Dalam video itu, beliau tidak sedar bahawa tentera Myanmar sedang melaksanakan rampasan kuasa dan meneruskan tarian menariknya di Bulatan Royal Lotus.

Khing yang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan negara itu menari mengikut lagu terkenal Indonesia, “Ampun Bang Jago” yang dinyanyikan oleh Tian Storm dan Ever Slkr. Lagu tersebut popular di dalam cabang media social, Tik Tok. Video Khing it terus viral di media-media social dan telah menjana jutaan tontonan daripada seluruh dunia.

Myanmar
Inilah guru muda pendidikan jasmani, Khing Hnin Wai. (gambar dari FB beliau)

Satu tweet  yang menampilkan tarian Khing telah menjana 19 juta tontonan.

Bagaimanapun, tarian beliau yang menarik itu tidak disenangi oleh sesetengah penonton yang mendakwa Khing seolah-olah membuat lawak dan mempertikaikan rampasan kuasa itu menerusi tarian beliau itu.

Khing mempertahankan tindakannya dengan berkata, beliau tidak sedar perkara itu (rampasan kuasa) sedang berlaku dan tidak berniat mempertikaikannya.

“Saya sedang merakam untuk satu pertandingan aerobic dan tidak mengetahui tentang rampasan kuasa yang berlaku pada pagi.”

“Saya tidak menari untuk berlawak terhadap mana-mana organisasi. Saya sedang menari untuk menyertai pertandingan,” katanya.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...