Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Northern Sea Route, Penyelesai Masalah “Malacca Dilemma”

0 406

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Northern Sea Route (NSR) atau “Polar Silk Route” adalah laluan perkapalan yang menghubungkan utara Eropah dengan timur Asia dan di dalam beberapa tahun mendatang ini ia bakal menyaingi laluan perkapalan tradisional Asia-Eropah lain.

Dengan ais yang semakin mencair di Bulatan Artik (Artic Circle) , laluan NSR itu semakin menarik untuk diterokai kerana ia bukan sahaja membuka peluang kepada sektor perkapalan antarabangsa tetapi juga peluang-peluang lain.

NSR

Dengan ais yang semakin mencair, sumber-sumber seperti minyak, gas, mineral dan perikanan di Artik boleh diterokai tanpa memerlukan pelaburan yang besar. Tidak dapat dinafikan, banyak pihak yang sedang memerhati potensi dan kekayaan di Artik itu.

Ok berbalik kepada NSR, pakar-pakar mengatakan kapal yang menggunakan laluan NSR boleh menjimatkan kira-kira 40 peratus daripada jarak perkapalan Asia-Eropah berbanding sekiranya mereka menggunakan laluan biasa seperti Suez Canal. Di antara 20 hari hingga 48 hari boleh dijimatkan jika menggunakan laluan perkapalan NSR.

Tetapi penjimatan dalam jarak itu terpaksa pula diganti dengan peningkatan kos kerana mereka terpaksa menggunakan kapal yang berkemampuan “ice breaker”, kesukaran navigasi, risiko tinggi dan kelajuan pelayaran yang rendah.

Tetapi jika ais terus mencair dengan kadar yang cepat di Artic, pakar-pakar perkapalan melihat laluan NSR itu boleh digunakan dengan kerap seawal tahun 2030, seterusnya menyaingi laluan perkapalan tradisional Asia-Eropah yang lain. Tidak perlu lagi kapal yang berkemampuan icebreaker lagi untuk melalui laluan itu.

Dalam hal berkenaan NSR, ini pihak yang dijangka bakal memperolehi keuntungan adalah Russia dan China.

NSR

Menguntungkan bagi Russia kerana, majoriti daripada laluan NSR itu terletak dalam EEZ Russia dan oleh kerana itu ia boleh dictate segala dasar dan peraturan penggunaannya (to its advantages), tetapi sudah pasti Amerika dan sekutunya yang lain tidak akan terima perkara itu.

Pada 2018, Russia telah mengeluarkan peraturan bagi mereka yang mahu menggunakan NSR supaya memaklumkan kepadanya 45 hari sebelum memulakan pelayaran.

Selain itu, pegawai Russia perlu sentiasa berada di atas kapal sepanjang pelayaran di NSR itu. Russia juga mahu tahu apa yang dibawa oleh kapal itu.

Selain Russia, China juga amat berminat dengan NSR kerana jika laluan perkapalan terbabit sudah boleh digunakan, ia bakal menyelesaikan satu daripada masalah paling besar yang dihadapinya ketika ini.

Masalah itu adalah Selat Melaka dan masalah itu dipanggi “Malacca Dilemma” oleh bekas pemimpinnya Hu Jintao pada 2003.

NSR itu penting bagi China kerana ia akan memastikan bekalan minyak dan gas yang diperolehinya  daripada Timur Tengah tidak melalui “choke point” iaitu Selat Melaka yang terbuka kepada tekanan Amerika serta sekutunya jika konflik antara Beijing dan Washington meletus.

Amerika Syarikat dan sekutunya boleh menutup Selat Melaka kepada kapal-kapal China jika konflik antara dua kuasa besar dunia meletus.

Dengan laluan Asia-Eropah yang baru, minyak dan gas daripada Timur Tengah boleh dibawa terus ke China menggunakan NSR yang dikawal oleh sekutunya, Russia.

Sebab itu sejak beberapa tahun ini, China amat berminat untuk bekerjasama dengan Russia untuk menjadikan NSR suatu realiti. Daripada sudut strategik, Beijing mahu melihat NSR itu berjaya.

Beijing juga melihat penuh minat sumber-sumber minyak dan gas, mineral dan perikanan di Artik.

Dimana ada minyak dan gas, di situ ada China.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...