Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Kumpulan Pengodam Ancam Lakukan Serangan Berterusan

0 814

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Lewat malam semalam, satu kumpulan hacker dikenali dengan nama “Anonymous Malaysia” muncul kembali selepas lima tahun dan mengancam akan melakukan serangan berterusan (concerted attack) terhadap laman-laman web kerajaan dan aset-aset online.

Serangan berterusan kumpulan hacker itu dinamakan #OpsWakeUp21.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam akaun social media mereka, kumpulan itu mengatakan amaran mereka merupakan suatu usaha untuk menyedarkan kerajaan yang selama ini berdiam diri terhadap kebocoran data dan penjualan maklumat peribadi orang sejak beberapa tahun lepas.

“Sistem keselamatan anda adalah longgar, semua data mungkin dibocorkan. Ini boleh mengakibatkan pengodam (hacker) menjual maklumat tersebut,” kata jurucakap kumpulan itu dalam satu video ditujukan kepada kerajaan semalam. Video itu memaparkan seorang lelaki memakai topeng Guy Fawkes membaca kenyataan.

anonymous

Dalam kenyataan itu, lelaki terbabit merujuk kepada insiden yang berlaku pada 2017 dimana data sebuah syarikat telco telah digodam menjejaskan 46 juta pelanggan serta insiden serangan siber terhadap laman web Angkatan Tentera Malaysia bulan lepas.

Menurut mereka, insiden-insiden itu berlaku kerana kerajaan tidak menyokong pengusaha (developers) di belakang aset-aset digital itu.

“It had been a long time, we are silent. It’s time open your eyes [sic].

“We are legion, we do not forgive, we do not forget, expect us,” it said.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...