(DEFENCE SECURITY ASIA) – Malaysia akan menghadapi masalah besar dengan Undang-Undang Pengawal Pantai China (Coast Guard Law) yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kongres Rakyat negara itu, badan pengubal undang-undang tertinggi China.
Undang-undang kontroversi itu yang diluluskan hari ini memberi kebenaran kepada kapal-kapal pengawal pantai China untuk menembak mana-mana kapal asing (yang memasuki perairan yang didakwa sebagai miliki China).
Ia (undang-undang pengawal pantai) memberi kebenaran kepada China untuk “mengambil apa-apa tindakan bersesuaian) untuk menghentikan atau mencegah ancaman daripada kapal-kapal asing.
Selain itu, undang-undang terbabit juga membenarkan anggota pengawal pantai China untuk merobohkan apa-apa struktur yang dibina di atas terumbu yang didakwa China sebagai miliknya dan menaiki (boarding) serta memeriksa mana-mana kapal asing yang berada di perairan yang Beijing dakwa sebagai miliknya. Undang-undang Pengawal Pantai China itu juga membenarkan pengwujudan “zon larangan” (exclusion zone) untuk mengelak kapal-kapal asing dan krew mereka daripada memasukinya.
Mengapa admin kata Malaysia akan berhadapan masalah dengan undang-undang ini?
Ok, bayangkan kapal-kapal atau nelayan kita yang mahu menangkap ikan di Beting Patinggi Ali atau Pulau Layang-Layang yang China dakwa sebagai milik mereka di bawah “Nine Dash Line.” Di bawah Undang-Undang Pengawal Pantai China ini mereka boleh ditembak kerana memasuki perairan China.
Nelayan kita yang mahu ke Beting Patinggi Ali atau mana-mana pulau yang didakwa China sebagai miliknya (walaupun ia terletak di belakang rumah kita) boleh ditembak, ditangkap oleh anggota kapal-kapal pengawal pantai negara itu dan mungkin dibawa balik ke China untuk dibicarakan.
Akhirnya, merengkok 20 tahun dalam penjara China.
Apa akan jadi kepada resort di Pulau Layang-Layang dan apa-apa struktur yang kita bina di Pulau Layang-Layang dan terumbu karang lain di Laut China Selatan yang turut dituntut oleh China? Ya kemungkinan besar ia akan dirobohkan oleh China sebagaimana yang dibenarkan di bawah undang-undang China itu.
Peruntukan “zon larangan” (exclusion zone) di bawah undang-undang China ini boleh menyebabkan kita bakal “kehilangan” pulau dan terumbu-terumbu karang yang telah kita duduki sekian lama dan menganggapnya sebahagian daripada Malaysia.
Undang-Undang Pengawal Pantai yang diluluskan oleh China hari ini adalah suatu undang-undang yang menghalalkan penjajahannya terhadap negara asing.
Jika kita tidak berbuat sesuatu untuk menentang undang-undang pengawal pantai China, kita sudah boleh ucapkan selamat tinggal kepada sebahagian besar perairan kita di Laut China Selatan (yang dituntut oleh China).
Ini adalah suatu undang-undang extra-territorial yang sudah semestinya tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa, walaupun jurucakap kerajaan China Hua Chunying sebagaimana dipetik oleh agensi berita Reuters berkata, undang-undang pengawal pantai itu selaras dengan undang-udang antarabangsa.
Tetapi apa opsyen yang kita ada?
Jika China “park” kapal-kapal pengawal pantainya yang setiap satu beratnya mencecah 10,000 tan-12,000 tan di Beting Patinggi Ali atau Pulau Layang-Layang dan tidak membenarkan kapal atau bot nelayan kita menghampirinya, apa yang boleh kita buat.
Comments are closed.