(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam kira-kira 30 ahli politik pembangkang yang ditahan oleh pihak berkuasa Russia telah membuat pendedahan tentang “kekayaan” luar biasa yang dimiliki oleh Presiden Vladimir Putin.
Mereka mendakwa Presiden Russia itu memiliki sebuah istana mengadap Laut Hitam berkeluasan 7,000 hektar (termasuk kawasan zon penampan) yang menelan belanja kira-kira US$1.35 bilion (RM5.4 bilion) menggunakan “wang rakyat Russia” untuk membinanya.
Ini adalah dakwaan oleh musuh politik Putin dan kita pun tidak tahu sama ada ia benar atau tidak, tetapi ia adalah suatu bahan bacaan yang amat menarik tentang di antara pemimpin yang dikatakan paling berkuasa di dunia pada ketika ini.
Menurut dakwaan oleh ahli politik Russia itu, istana Presiden Russia itu berada di Gelendzhik, terletak di wilayah Krasnodar Krai yang mengadap pemandangan indah Laut Hitam dan dipercayai dibina di antara 2005 dan 2010. Menurut dakwaan itu lagi, “Istana Putin” itu dikawal oleh ribuan orang terutamanya daripada agensi perisikan negara itu, FSB.
Bangunan “Istana Putin” dengan keluasan 17, 691 meter persegi itu memiliki pelbagai kemudahan daripada amphitheater, casino dengan mesin-mesin slot, bar, panggung wayang dan kolam renang.
Menurut pendedahan ahli-ahli politik Russia itu, “Istana Putin” itu adalah kawasan yang paling dikawal ketat dalamm Russia, malah ia diibaratkan seperti “sebuah negeri di dalam sebuah negeri” (a state within a state) dan dikawal oleh ribuan penjaga.
Pada 2010, ahli perniagaan Russia Sergei Kolesnikov melarikan diri ke luar negara selepas menulis surat kepada Perdana Menteri Russi ketika itu Dimitri Medvedev mendedahkan tentang pembinaan sebuah istana di Laut Hitam yang menelan belanja berbilion dollar Amerika.
Siasatan menunjukkan “Istana Putin” itu dimiliki oleh sebuah firma bernama “Binom” dan diuruskan oleh mereka yang rapat dengan sepupu Putin iaitu, Mikhail Shelomov.
Bagaimanapun pemilik sebenar istana itu adalah Putin sendiri, yang merupakan bekas perisik KGB.
Comments are closed.