Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“AK-12”, Raifal Standard Tentera Russia

0 857

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini, standard raifal bagi unit-unit tentera Russia adalah AK-74M 5.45mm yang dihasilkan oleh syarikat Izhmash OJSC (kini dikenali sebagai Kalashnikov Concern) yang merupakan anak syarikat Kalashnikov Group.

Raifal AK-74M ini telah dihasilkan pada 1990-1991 dan adalah versi yang dipertingkatkan daripada raifal AK-74.

Ak12

Bagaimanapun penggunaan raifal AK-74M bakal menuju ke penghujung selepas hampir 30 tahun berkhidmat dengan tentera Russia apabila Kementerian Pertahanan negara itu memutuskan akan menggunakan raifal baru.

Ya, tentera Russia akan menggunakan raifal baru dikenali dengan namanya iaitu AK-12 dengan kaliber 5.45mm (sama seperti AK-74M) serta AK-15 yang menggunakan kaliber 7.62mm atas permintaan tentera untuk digunakan di beberapa unit. Sejak akhir tahun 2018, ratusan ribu raifal AK-12 dan AK-15 telah dihasilkan oleh  syarikat Kalashnikov Concern untuk diagih-agihkan kepada unit-unit tentera Russia.

ak12

Raifal AK-12 juga dieksport kepada pelanggan yang berminat untuk meneruskan legasi Mikhail Kalashnikov.

Projek pembangunan raifal AK-12 ini sebenarnya telah bermula sejak 2011.

Ok, berat keseluruhan AK-12 adalah 3.5kg dengan jarak effektif raifal ini adalah sekitar 440 meter. Ia boleh melepaskan tembakan dalam beberapa mode iaitu burst, two-shot cutoff dan single, selain itu ia turut dilengkapi dengan Picatinny rail.

Rate of fire AK-12 adalah sekitar 650 tembakan dalam seminit.

Daripada segi ergonomic, raifal AK-12 ini adalah lebih baik berbanding AK-74M dan ia juga adalah elemen penting dalam program anggota tentera masa depan Russia dipanggil “Ratnik.”

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...