Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Amerika Kerah Dua Pengebom B-52 “Stratofortress” Ke Teluk Parsi

0 575

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat mengerah dua buah pesawat pengebom B-52 “Stratofortress” ke Teluk Parsi sebagai sebahagian daripada “show of force” (pertunjukan kekuatan) bagi menangani ancaman daripada Iran.

Kedua-dua pesawat pengebom terbabit dengan kod “Grim 11” dan “Grim 12” itu yang berpengkalan di Pengkalan Udara Minot, North Dakota melakukan penerbangan selama 36 jam tanpa henti ke Teluk Parsi.

 

Kedua-dua pesawat pengebom B-52 Amerika Syarikat kelihatan di ruang udara Israel ketika menuju ke Teluk Parsi.

Sebaik sahaja kedua-dua pesawat pengebom daripada Skuadron Pengebom ke-69 itu memasuki ruang udara Arab Saudi, mereka diiringi oleh oleh pesawat-pesawat F-16CJ Tentera Udara Amerika Syarikat yang berpengkalan di Pengkalan Udara Prince Sultan di Al-Kharj menuju ke Teluk Parsi.

Ini adalah kali kelima pesawat-pesawat pengebom B-52 dalam misi “Bomber Task Force” melakukan penerbangan “show of force” di Teluk Parsi sejak bulan lepas ketika ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat serta sekutu di Timur Tengah, Israel memuncak. Penerbangan kedua-dua pesawat pengebom B-52 itu berlaku sebaik sahaja Iran menamatkan latihan tentera yang melibatkan pelancaran peluru-peluru berpandu balistik.

B52
Latihan tentera Iran melibatkan pelancaran peluru-peluru berpandu balistik ke Lautan Hindi.

Latihan tentera Iran itu melibatkan pelancaran peluru-peluru berpandu balistik “Emad”, Seijil-2” dan “Ghadr” yang mempunyai jarak sasaran sejauh 1,800km ke kawasan sasaran di Lautan Hindi.

Iran menggunakan peluru-peluru berpandu itu sebagai anti-ship ballistic missile (ASBM).

Menurut laporan daripada Pentagon, peluru-peluru berpandu balistik Iran itu meletup berhampiran dengan kapal komersial yang yang sedang melalui Lautan Hindi dan kira-kira 100 batu daripada kapal pengangkut pesawat USS Nimitz dan carrier battle group-nya yang turut berada di perairan terbabit.

Pentagon juga berkata, pelancaran peluru-peluru berpandu balistik Iran itu tidak memberi sebarang ancaman terhadap USS Nimitz kerana mereka telah mengetahui lebih awal tentang latihan tentera oleh Iran itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...