Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bangladesh Mula Terima Vaksin COVID-19 Akhir Bulan Ini

0 446

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bangladesh yang mempunyai 160 juta penduduk dijangka akan mula menerima vaksin penyakit COVID-19 pada akhir bulan ini, menurut pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan negara itu yang dipetik oleh agensi berita Reuters.

Dan proses vaksinasi terhadap penduduk Bangladesh akan bermula pada minggu pertama bulan depan.

vaksin

Bangladesh menandatangani perjanjian pembelian vaksin COVID-19 dengan Serum Institute of India pada November tahun lepas bagi sejumlah 30 juta dos vaksin terbabit yang dihasilkan oleh firma kesihatan terkenal British, AstraZeneca.

Vaksin COVID-19 untuk penduduk Bangladesh itu akan tiba di negara Asia Selatan itu pada 25 Januari ini, menurut Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Bangladesh Abul Bashar Mohammed Khurshid sambil menambah peringkat pertama vaksinasi akan mensasarkan barisan hadapan kesihatan negara itu.

vaksin

Hanya selepas proses vaksinasi barisan hadapan keselamatan Bangladesh itu selesai , barulah proses vaksinasi diperluaskan ke seluruh negara pada minggu pertama bulan depan.

Bangladesh, sebuah negara pengeksport tenaga kerja dengan antara pasaran utamanya adalah Malaysia mempunyai lebih 500,000 pesakit COVID-19 dengan 7,800 kematian.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...