Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO]Media Syria Papar Kemusnahan Akibat Serangan Udara Israel

531

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Stesen televisyen dan media-media Syria mula memaparkan kemusnahan yang dialami oleh beberapa beberapa bangunan di timur negara itu akibat serangan udara oleh jet-jet pejuang F-35I “Adir” Tentera Udara Israel malam tadi yang membunuh 57 orang tentera Iran, Syria dan militia pro-Teheran.

Pemerhati pertahanan di negara itu menyatakan ia adalah serangan udara terbesar tentera udara Israel terhadap Syria sejak beberapa tahun ini, dengan jet-jet pejuang negara Yahudi itu melancarkan sekurang-kurangnya 20 siri pengeboman malam tadi.

serangan

Menurut agensi berita antarabangsa, Agence France Presse (AFP) sekurang-kurangnya 57 orang terbunuh dalam serangan udara Israel itu, terdiri daripada anggota Kor Pengawal Revolusi Iran, militant-militan proksinya dan sekurang-kurangnya 14 orang tentera Syria.

Serangan oleh jet-jet pejuang Israel itu dilakukan selepas mendapat maklumat perisikan daripada Amerika Syarikat, dengan serangan mensasarkan beberapa stor dan gudang yang digunakan untuk menyimpan senjata-senjata yang dibuat oleh Iran,  menurut pengawai perisikan Amerika Syarikat sebagaimana dipetik oleh agensi berita antarabangsa itu.

 

(SILA LIKE DAN SUBSCRIBE YOU TUBE CHANNEL “DEFENCE SECURITY ASIA”)

Pegawai perisikan itu juga berkata, rancangan serangan udara oleh Israel terhadap Syria itu turut dibincangkan dalam pertemuan di antara Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Mike Pompeo dengan ketua agensi perisikan Mossad, Yossi Cohen di Washington beberapa hari lalu.

Sementara itu agensi berita rasmi Syria, SANA melaporkan bahawa serangan udara negara Yahudi itu menyasarkan lokasi-lokasi di Deir Azzor, Mayadeen dan Boukamal yang terletak tidak jauh daripada sempadan Syria-Iraq.

Laporan juga mengatakan sistem pertahanan udara tentera Syria cuba bertindak balas terhadap serangan udara Israel itu.

serangan

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments are closed.