Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

PGA Tawau Rampas “Life Jacket” Dipercayai Milik Tentera Negara Jiran

0 846

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Dalam satu operasi oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau kira-kira empat hari lepas, tiga lelaki terdiri daripada seorang warga tempatan dan dua rakyat negara jiran telah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kg. Sungai Melayu Pulau Sebatik.

Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau Supt Mohd Yacob Bin Murad berkata serbuan diketuai oleh ASP Shankar Ganesh A/L Govindasami.

Tawau
Pelbagai jenis peluru yang dirampas oleh anggota PGA dalam serbuan itu.

Menyedari kehadiran pasukan polis, ketiga-tiga lelaki itu cuba melarikan diri namun rumah tersebut telah dikepung dan kesemua mereka berjaya ditangkap.

Pemeriksaan badan dilakukan terhadap semua suspek namun tidak menjumpai apa-apa tetapi  anggota PGA Tawau telah menemui dua ‘life jacket’ celoreng dipercayai milik pasukan keselamatan negara jiran di salah sebuah bilik rumah tersebut. Pemeriksaan diteruskan kebahagian siling bilik itu, di mana mereka telah menemui sebuah beg plastik berwarna hijau dan sebuah beg kecil berzip berwarna coklat jenama ‘Bonia’.

Tawau

“Pemeriksaan kedalam beg plastik dan beg berzip berkenaan telah menjumpai 10 peket plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 508.55 gram dianggarkan bernilai RM 25,000.00.”

“Turut dijumpai dalam beg berzip ialah (10) butir peluru jenis 5.56mm, (10) butir peluru jenis .45 ACP dan (6) butir peluru jenis 9mm,” katanya dan menambah,  kesemua tangkapan dan rampasan di bawa ke IPD Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Selain peluru hidup itu dan dadah, penemuan “life jacket” celoreng dipercayai milik pasukan keselamatan negara jiran itu juga amat menarik dan memerlukan siasatan lanjut oleh pasukan keselamatan terutamanya berkenaan identiti kedua-dua warga asing yang ditangkap itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

MAKLUMAT DAN GAMBAR DIPEROLEHI DARIPADA FACEBOOK BATALION 14 PGA TAWAU

Comments
Loading...