Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Thailand: Ditembak Mati Kerana Tidak Memakai Pelitup Muka

0 630

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Seorang warga emas ditahan polis dan didakwa kerana membunuh selepas beliau menembak mati seorang lelaki kerana enggan memakai pelitup muka (face masks) pada suatu majlis pengebumian yang berlangsung di daerah Chaweng, Thailand.

Polis mengenalpasti warga emas itu sebagai Jumnean Sri-orn, 73,  yang telah menembak mati mangsa dikenali, Samran Tawai, 50,  selepas kedua-dua mereka bertengkar pada majlis pengebumian yang berlangsung tengah malam di daerah berkenaan.

chaweng
Pistol .357

Menurut polis Thailand, lelaki warga emas itu memarahi mangsa kerana tidak memakai pelitup muka, tetapi kedua-dua mereka sememangnya diketahui tidak mempunyai hubungan yang baik selama ini.

“Kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan yang baik selama ini. Mereka ada masalah peribadi,” kata Kolonel Sutat Songsayom daripada Balai Polis Chaweng. Beliau berkata, lelaki warga emas itu cuba meninggalkan majlis itu dengan menaiki motosikal tetapi telah ditolak oleh mangsa sehingga terjatuh.

chaweng

Mangsa kemudian mencabar warga emas itu dengan berkata, “Aku tahu engkau membawa pistol, tetapi kau terlalu pengecut untuk menembak (aku),” menurut beberapa saksi yang dipetik berkata oleh portal berita, Khaosod English.

Pada saat ini, lelaki warga emas hilang sabar lalu mengeluarkan pistolnya .357 dan menembak mangsa di muka.

Seorang anggota polis yang turut berada pada majlis itu bertindak memberkas warga emas itu, yang telah pun didakwa kerana membunuh dan membawa senjata api tanpa lesen.

Jika didapati bersalah, lelaki warga emas itu bakal berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...