Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Iran Dedah “Kota Peluru Berpandu Bawah Tanah”

0 712

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Stesen-stesen televisyen Iran telah mendedahkan buat pertama kali pengkalan peluru berpandu bawah tanahnya yang dipercayai terletak berhampiran dengan Selat Hormuz, di ketika ketegangan antara negara itu dengan Amerika Syarikat semakin memuncak.

Admin ada sertakan video pengkalan peluru berpandu bawah tanah itu di bawah.

(SILA LIKE DAN SUBSCRIBE YOU TUBE CHANNEL “DEFENCE SECURITY ASIA”)

Menurut komander Kor Pengawal Revolusi Iran Mej Jen Hossein Salami berkata, pengkalan peluru berpandu bawah tanah itu adalah salah satu di antara beberapa pengkalan yang sama untuk menempatkan peluru-peluru berpandu strategik milik Tentera Laut negara itu.

“Peluru-peluru berpandu ini memiliki jarak ratusan kilometre, amat tepat dengan kuasa peledak yang amat dahsyat. Peluru berpandu ini juga mampu mengatasi rintangan peperangan elektronik pihak musuh,” kata Salami sebagaimana dipetik stesen-stesen televisyen Iran. Video yang disiarkan oleh stesen-stesen televisyen Iran itu menunjukkan Salami bersama beberapa panglima Kor Pengawal Revolusi Iran meninjau kemudahan yang terdapat di dalam pengkalan peluru berpandu bawah tanah itu.

Iran

Sambil berjalan, mereka juga dilihat memijak bendera-bendera Amerika Syarikat dan Israel.

Salami juga berkata, “kota peluru berpandu bahawa tanah” yang ditayangkan oleh stesen televisyen Iran itu merupakan salah satu daripada beberapa kota peluru berpandu bawah tanah yang telah dibinanya.

Tahun lepas, Kor Pengawal Revolusi Iran mengatakan ia telah membina beberapa “kota peluru berpandu bawah tanah” di sepanjang pesisir pantainya dengan Selat Hormuz dan Teluk Parsi bagi menghalang sebarang cubaan kapal-kapal laut tentera asing untuk menyerangnya.

Ia juga memberi amaran kepada musuh-musuhnya bahawa mereka akan berhadapan dengan “mimpi ngeri” jika bertindak menyerang Iran.

Iran

Menurut beberapa laporan media tempatan, pengkalan peluru berpandu bawah tanah Iran ini terletak di wilayah Hormozgan berhampiran dengan Selat Hormuz.

Menurut mereka, ia adalah pengkalan bawah tanah yang ringkas dengan dua pintu dan dua kubu bawah tanah bagi menyimpan peluru berpandu anti kapal serta peluru berpandu kruis.

iran
Wilayah Hormozgan dimana “Kota Peluru Berpandu Bawah Tanah” Iran terletak berhadapan dengan Teluk Parsi dan Teluk Oman.

Pembinaan pengkalan peluru berpandu bawah tanah ini telah bermula pada 2018 dan hanya siap kira-kira tiga bulan lepas.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...