Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Sriwijaya Air Terputus Hubungan, Dipercayai Terhempas

0 633

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah pesawat komersial jenis Boeing 737-500 milik Sriwijaya Air yang sedang dalam perjalanan Jakarta- Pontianak hilang dari kawalan radar baru sebentar tadi.

Pesawat itu dengan no pendaftaran PK-CLC dikenalpasti terputus hubungan ketika di berada ruang udara perairan di utara Pulau Jawa.  Mengikut maklumat awal, pesawat itu membawa 56 penumpang terdiri daripada 46 dewasa, tujuh kanak-kanak dan tiga bayi.

sriwijaya
Paparan Aplikasi Flight Radar.
sriwijaya
Paparan daripada aplikasi flight tracking “Flight Radar” tentang penerbangan pesawat Sriwijaya Air.

Pesawat itu menurut portal berita Detik.Com berlepas daripada Lapangan Terbang Bandara Soekarno-Hatta di Jakarta pada 14.36 Waktu Indonesia Barat (WIB) hari ini dan hilang daripada kawalan radar Air Traffic Controller empat minit selepas itu.

Di dalam aplikasi Flight Radar24, tertulis “unknown” mengenai situasi terkini pesawat komersial itu. Aplikasi itu juga mengatakan pesawat menjunam kira-kira 10,000 kaki di dalam tempoh empat minit selepas berlepas daripada lapangan terbang di Jakarta itu. Sebelum itu pengurus komunikasi dan perundangan Bandara Soekarno-Hatta, Haerul Anwar mengesahkan pesawat Sriwijaya Air itu terputus hubungan di sekitar Pulau Lancang, Kepulauan Seribu.

sriwijaya

Admin akan update berita ini daripada semasa ke semasa.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...