Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Eurodrone”, Pesawat Tanpa Pemandu Eropah

0 633

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Empat negara Eropah iaitu Jerman, Perancis, Itali dan Sepanyol dijangka akan menandatangani perjanjian untuk membina pesawat tanpa pemandu dipanggil “Eurodrone” atau “Medium Altitude Long Endurance Remotely Piloted Air System (MALE RPAS) pada tahun ini.

Projek “Eurodrone” ini akan diketuai oleh cabang syarikat Airbus Jerman dan turut disertai oleh beberapa syarikat pertahanan/aviation Eropah yang lain.

eurodrone

Dengan termeterainya perjanjian antara keempat-empat buah negara Eropah itu pada tahun ini, usaha-usaha pembinaan akan bermula dan menjelang 2025 pesawat UAV “Eurodrone” yang sulung dijangka melakukan penerbangan pertama.

Penghantaran pertama pesawat UAV MALE kepada keempat-empat negara Eropah yang membinanya akan dilakukan pada 2028 dan Airbus menjangkakan penjualan bukan sekadar negara-negara bernua terbabit tetapi turut meliputi seluruh dunia. UAV “Eurodrone” direkabentuk dengan tugas utama untuk menjalankan tugas-tugas ISTAR.

eurodrone

ISTAR ini merujuk kepada Intelligence (perisikan), Surveillance (pemantauan), Target Acquisition (pemerolehan sasaran) and Reconnaisance (peninjauan).

Konsep pembinaan “Eurodrone” adalah seperti juga pesawat pejuang Typhoon dimana setiap negara peserta program akan membina komponen-komponen ttertentu sebelum kesemuanya dipasang di kilang milik Airbus di Manching, Munich di Jerman.

Turut serta di dalam projek pembinaan UAV yang bakal mewujudkan kira-kira 7,000 pekerjaan baru ini adalah syarikat-syarikat pertahanan/aviation lain seperti Leonardo (Itali) dan Dassault Aviation (Perancis).

Berat maksimum “Eurodrone” ketika berlepas dianggarkan sekitar 11 tan manakala kemampuan operasinya adalah ia mampu terbang setinggi 45,000 kaki dengan membawa muatan sebanyak 2.3 tan.

eurodrone

Muatan yang dibawanya boleh terdiri daripada sistem penderia, optronik dan lain-lain.

Pesawat tanpa pemandu “Eurodrone” ini juga dijangka membawa pelbagai jenis Precision Guided Munitions (PGM) keluaran syarikat-syarikat pertahanan Eropah dan Amerika Syarikat yang menjadikannya lebih berbahaya kepada musuh-musuh di daratan.

Panjang “Eurodrone” ini adalah 16 meter daripada kepala ke bahagian ekornya manakala lebar sayapnya pula adalah 26 meter.

Sebanyak 60 buah “Eurodrone” bakal dibina untuk keempat-empat negara Eropah yang terlibat dalam program pembinaanya.

– DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...