Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Laporan Perisikan Amerika Syarikat Dakwa “Kemungkinan” COVID-19 Berasal Dari Makmal Di Wuhan

endedahan itu membangkitkan persoalan COVID-19 itu berasal daripada institut terbabit kerana penyelidik-penyelidik itu “jatuh sakit” sebelum China melaporkan penemuan pesakit pertama penyakit itu di Wuhan pada Disember, 2019.

0 2,096

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Laporan perisikan oleh pihak Amerika Syarikat mendedahkan terdapat beberapa penyelidik di Institut Penyelidikan Virilogi di Wuhan, China telah jatuh sakit dengan COVID-19 sehingga terpaksa ditempatkan di hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pendedahan itu membangkitkan persoalan COVID-19 itu berasal daripada institut terbabit kerana penyelidik-penyelidik itu “jatuh sakit” sebelum China melaporkan penemuan pesakit pertama penyakit itu di Wuhan kepada masyarakat dunia pada Disember, 2019.

Laporan perisikan oleh Amerika Syarikat itu menguatkan lagi pandangan bahawa bahawa penyakit itu berasal daripada “kebocoran” virus di makmal di institut di Wuhan itu.

Institut di Wuhan pernah menjalankan kajian mengenai coronavirus di kelawar.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah melakukan siasatan mengenai asal-usul COVID-19 dan menyimpulkan bahawa kemungkinan ia merebak ke seluruh dunia selepas mengalami “kebocoran” daripada makmal di Wuhan adalah “amat rendah.”

 

wuhan

Laporan siasatan daripada WHO itu juga menyatakan tidak laporan tentang penyakit berkenaan pernafasan dalam minggu atau bulan sebelum Disember, 2019.

Bagaimanapun siasatan oleh WHO itu menerima kritikan daripada Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara lain kerana ia bergantung kepada data-data dan sampel yang tidak menyeluruh serta tulen.

Pengawai-pegawai perisikan Amerika Syarikat yang bertugas pada ketika ini dan sebelum ini berkata, pandangan bahawa COVID-19 itu kemungkinan dihasilkan daripada makmal adalah “berpatutan”.

Ketika pentadbiran Presiden Donald Trump, bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo condong terhadap pandangan bahawa virus coronavirus yang menyebabkan COVID-19 telah “bocor” dairpada makmal di Wuhan itu.

Pompeo juga berkata, Amerika Syarikat memiliki bukti bahawa penyelidik-penyelidik China di institut itu telah jatuh sakit dengan simptom penyakit COVID-19  sebelum pihak berkuasa pusat penyelidikan dan kerajaan China itu mengumumkan secara rasminya kepada orang ramai dan seluruh dunia.

Beliau juga berkata bahawa makmal yang melakukan kajian mengenai virus coronavirus di dalam kelawar turut memiliki kaitan dengan kajian-kajian ketenteraan.

Sementara Pengarah Institut Virologi Wuhan telah menafikan laporan perisikan Amerika Syarikat dengan menyatakan bahawa laporan itu adalah “suatu pembohongan.”

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...