Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video]Dron Hezbollah Menyelinap Masuk Israel Tanpa Dikesan

0 383

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada bulan lepas, pejuang Hezbollah berjaya melancarkan pesawat tanpa pemandu (UAV) ke dalam Israel untuk mengambil gambar-gambar dan visual pengkalan tentera negara Yahudi.

Menurut stesen TV yang bersekutu dengan Hezbollah, Al-Manar, dron terbabit berjaya melaksanakan misinya dengan jayanya tanpa berjaya dikesan oleh sistem pertahanan udara tentera Israel.

Semalam, Al-Manar telah menunjukkan visual yang berjaya dirakam oleh dron itu yang termasuk pengkalan tentera utama Israel di utara negara itu, Biranit, yang terletak berhampiran dengan sempadan negara itu dengan Lubnan.

Biranit dikatakan adalah pusat pemerintahan tentera Israel bagi ketumbukan tenteranya di sempadannya dengan Lubnan. Ia menempatkan pusat pemerintahan Divisyen Galilee Tentera Israel (IDF).Menurut Hezbollah, dron juga berjaya mengambil gambar-gambar kemudahan tentera Israel di Ladang Shebaa di Golan Heights.

Hezbollah

Apa yang menarik lagi adalah dron Hezbollah itu dilancarkan ketika tentera Israel sedang menjalankan latihan tentera dinamakan “Lethal Arrow”.

Latihan “Lethal Arrow” merupakan simulasi peperangan tentera Israel dengan Hezbollah dan salah satu motif latihan itu adalah mengekang pelancaran dron-dron kumpulan itu daripada memasuki negara Yahudi itu.

dron

Nampaknya, Hezbollah telah berjaya menghidu kelemahan sistem pertahanan udara Israel.

Pemerhati pertahanan di Israel kejayaan dron Hezbollah itu merupakan suatu kegagalan perisikan (intelligence failure) di pihak Israel.

Hezbollah

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...