Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

PDRM Mohon 36 Buah Kenderaan Berperisai Untuk Anggotanya

0 2,465

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) teleh mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk mendapatkan 36 buah kenderaan berperisai (APC) dalam tempoh lima tahun.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, perolehan kenderaan berperisai itu akan diperolehi secara berperingkat di dalam tempoh terbabit.

Kenderaan berperisai itu menurutnya, amat diperlukan untuk penugasan anggota polis di kawasan sempadan Kedah, Perlis, Kelantan dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“PDRM mendapati wujud ancaman terhadap keselamatan pegawai dan anggota bertugas di kawasan berkenaan dan kita memerlukan kenderaan ini untuk perlindungan,” katanya Acryl Sani pada sidang media di Perak hari ini.

perisai
Anggota pasukan UTK PDRM merupakan pengguna kenderaan berperisai Streit Typhoon. (kredit pemilik foto)

Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata, permohonan telah dikemukakan tahun lepas bagi menggantikan kenderaan berperisai sedia ada yang telah usang dan tidak sesuai digunakan lagi.

Beliau mengakui proses kelulusan mengambil masa kerana memerlukan kajian teknikal selain tertakluk peruntukan kerajaan.

“Mungkin jika peringkat pertama dapat 10 unit pun sudah baik,” katanya.

Perisai
Kenderaan Streit Typhoon yang digunakan oleh PDRM. (foto internet)

Pada ketika ini, PDRM telah pun menggunakan kenderaan berperisai seperti Streit Typhoon dan Hanhwa Barracuda.

Admin menjangkakan jika pembelian berlaku, Typhoon, Barracuda, Lipan Bara atau IAG Guardian bakal dipertimbangkan untuk memenuhi keperluan PDRM pula.

Perisai
Hanhwa Baraccuda yang digunakan oleh PDRM di Sabah. (kredit PDRM)

Ia bakal memberikan keselamatan kepada anggota pasukan keselamatan kita yang bertugas di kawasan sempadan negara.

Sebagaimana yang berlaku semalam membabitkan anggota PGA mendiang Kpl Baharuddin Ramli, kawasan operasi di sempadan negara kita semakin berisiko dan ia memerlukan tindakan pantas kerajaan untuk memastikan keselamatan para anggota.

Chaiseri
Chaiseri First Win atau Deftech Lipan Bara. (foto internet)

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...