Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

32 Buah Kilang Milik Syarikat China Di Myanmar Musnah, Anggaran Kerugian RM155 Juta

Sentimen anti-China di Myanmar pada ketika ini adalah amat tinggi kerana sokongan Beijing terhadap "Tatmadaw".

0 2,508

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebanyak 32 kilang milik syarikat-syarikat China telah dirosakkkan dalam serangan khianat di Myanmar dalam kekacauan yang berlaku daripada Ahad sehingga semalam, menyebabkan kerosakkan yang dianggarkan bernilai US$38.9 juta (RM155.6 juta), menurut kedutaan China di Myanmar sebagaimana dipetik oleh akhbar The Global Times.

Individu-individu tidak dikenali telah menceroboh masuk kilang-kilang, merosakkannya termasuk membakar serta mencuri barang-barang berharga.

Dua warga China yang bekerja di kilang-kilang terbabit cedera dalam kejadian itu.

Myanmar

Kementerian Luar China berkata serangan khianat terhadap kilang-kilang milik China di Myanmar itu adalah “amat buruk” dan meminta Yangon supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan kegiatan itu dan menangkap mereka.

Pihak berkuasa Myanmar menurutnya juga perlu berusaha untuk menjaga keselamatan rakyat China dan harta benda itu.

Berikutan kekacauan pada Ahad yang mengakibatkan kira-kira 63 orang peserta perhimpunan maut akibat ditembak oleh tentera dan harta benda rakyat China dirosakkan, pihak berkuasa Myanmar telah menghantar polis dan tentera tambahan ke kawasan-kawasan perindustrian di mana banyak terdapat kilang-kilang milik China.

Tentera Myanmar meneruskan tindakan ganas mereka dengan menembak mati 11 lagi rakyatnya pada Isnin (semalam) dalam beberapa insiden di seluruh negara.

Myanmar

Ditanya sama ada China akan membawa rakyatnya keluar daripada Myanmar, kementerian luar negara itu berkata, mereka akan terus memantau sitausi di negara Asia Tenggara itu.

Selepas pertumpahan darah pada Ahad, kebanyakkan syarikat-syarikat dan kilang milik China di negara itu bercadang menutup perniagaan mereka buat sementara itu sehingga keadaan di Myanmar kembali normal.

Dalam pertumpahan darah pada Ahad,  pihak tentera Myanmar atau dipanggil “Tatmadaw” menembak mati 51 peserta perhimpunan selepas mereka membakar beberapa buah kilang milik syarikat-syarikat China di kawasan perindustrian di Hlaingthaya, di luar Yangon.

Kira-kira 2,000 rakyat Myanmar mengadakan perhimpunan di kawasan perindustrian itu bagi membantah sokongan kerajaan China terhadap rampasan kuasa oleh pihak tentera Myanmar daripada pemimpin pro-demokrasi pimpinan Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lepas.

Dikawasan-kawasan lain, pihak tentera Myanmar didakwa membunuh 12 penduduk negara itu.

Sehingga kini, seramai 126 penduduk Myanmar maut akibat tindakan ganas pihak tentera negara itu.

Pihak tentera Myanmar turut mengisytiharkan undang-undang darurat di Hlaingthaya dan Shwepyitha di Yangon berikutan kejadian semalam itu.

Sebenarnya sentimen anti-China sedang meningkat di Myanmar akibat tindakan negara itu menyokong tentera Myanmar dan peningkatan pengaruh Beijing terhadap hal ehwal dalaman negara Asia Tenggara itu.

Pihak tentera Myanmar pimpinan Jeneral Min Aung Hlaing memiliki hubungan yang rapat dengan kerajaan Beijing, malah pihak tentera mendapatkan sumber bekalan senjata mereka daripada China.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

 

Comments
Loading...