Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Ejen Israel Bunuh Pemimpin No. 2 Al-Qaeda di Teheran

0 540

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ejen-ejen perisikan Israel dipercayai telah membunuh pemimpin nombor dua Al-Qaeda dikenali dengan nama “Abu Muhammad Al-Masri” di tengah-tengah bandaraya Teheran, Iran pada Ogos lepas.

Menurut akhbar The New York Times, dua orang pembunuh menaiki sebuah motosikal membunuh beliau dan anak perempuannya, Miriam pada 7 Ogos lepas, hari yang sama sambutan kejadian pemgeboman kedutaan Amerika Syarikat di Afrika pada 1998.

Pengeboman kedutaan Amerika Syarikat di Tanzania dan Kenya pada 1998 itu mengorbankan 224 orang dan mencederakan ratusan yang lain.

Kenya
Pengeboman kedutaan Amerika Syarikat di Kenya pada 1998. (foto internet)

Anak perempuan Al-Masri, Miriam merupakan balu kepada Hamza bin Laden, anak pemimpin nombor satu Al-Qaeda, Osama bin Laden.

Hamza terbunuh dalam satu operasi anti-keganasan Amerika Syarikat di wilayah Pakistan/Pakistan pada 2019.

Akhbar terbabit percaya pembunuhan itu diarahkan oleh pentadbiran Amerika Syarikat, yang menjejaki setiap pergerakan Al-Masri sejak bertahun-tahun.

FBI meletakkan imbuhan US$10 juta terhadap sesiapa yang memberikan maklumat sehingga menyebabkan penangkapan Al-Masri.

Hamza bin Laden
Hamza bin Laden. (foto internet)

Kumpulan pengganas, Al-Qaeda sehingga kini tidak mengumumkan kematian pemimpin nombor dua mereka itu dan pihak berkuasa Iran mahu mahu menutup insiden itu.

Selepas kematian Osama yang dibunuh oleh komando Amerika di Pakistan, Al-Qaeda kini dipimpin oleh Ayman al-Zawahiri dan diikuti oleh Al-Masri sebagai orang nombor dua dalam kumpulan pengganas itu.

Pihak berkuasa Iran hanya mengakui seorang professor sejarah bertugas di Lubnan dan anak perempuannya telah dibunuh pada hari terbabit.

Al-Masri dibunuh ketika berada di dalam sebuah kereta jenis Renault L90 apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal berhenti ditepi kereta mereka, sebelum melepaskan berdas-das tembakan terhadap mereka.

Ayman
Osama bin Laden (kiri) bersama Ayman al-Zawahiri. (foto internet)

Cara Al-Masri dan anaknya dibunuh itu sememangnya menepati cara para operatif Israel melaksanakan pembunuhan terhadap individu sasaran mereka.

Jikalau kita masih mengingati bagaimana pensyarah warga Palestin, Dr Fadi al-Batsh yang ditembak mati di Setapak ketika sedang dalam perjalanan ke sebuah masjid berhampiran untuk menunaikan solat Subuh.

Mengikut laporan, pembunuhan dilakukan oleh dua lelaki “berwajah” Timur Tengah yang memasuki negara ini menggunakan passport palsu daripada Serbia dan Montenegro.

Al-Qaeda
Anggota kumpulan pengganas Al-Qaeda. (foto Internet)

Kemungkinan kedua-dua pembunuh ini menaiki motosikal juga.

Dr Fadi yang dikatakan pakar dron Palestin maut selepas ditembak 10 kali, berkemungkinan menggunakan sub-mesingan.

Pembunuh macam ini, lepas dia buat kerja akan terus meloloskan diri dengan keluar daripada negara itu secepat mungkin.

By the time polis nak “piece together all the evidences”, foreign intel operatives ni dah berada di luar negara, silap-silap dah ada kat negara asal sambil minum kopi dan makan cekodok.

Kes macam ini akan remain unresolved untuk bertahun-tahun lamanya.

Dr Fadi
Pembunuhan Dr Fadi di Setapak pada 2018 dipercayai dilakukan oleh ejen perisikan asing. (foto Internet)

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...